Menurut Henry Kissinger Israel Akan Lenyap 10 Tahun Lagi
Menurut
laporan media, Henry Kissinger dan 16 badan pemikir lainnya bersetuju
bahawa dalam waktu terdekat “Israel” tidak akan wujud lagi.
The New York Post mengutip perkataan Kissinger : “Dalam 10 tahun, tidak akan ada lagi Israel”.
Pernyataan Kissinger datar dan tidak memiliki syarat. Beliau tidak
menyatakan bahawa “Israel” dalam bahaya, tetapi menurutnya dapat
diselamatkan jika diberikan triliunan tambahan dollar dan menghancurkan
musuh-musuhnya dengan bantuan tentera Amerika, dipetik daripada Kavkaz
Center.
Dia tidak mengatakan bahawa jika rakan lama Netanyahu, Mitt Romney,
terpilih, “Israel” entah bagaimana dapat diselamatkan. Dia juga tidak
mengatakan bahawa jika mengebom Iran, “Israel” mungkin dapat bertahan
hidup. Dia tidak menawarkan jalan keluar. Dia hanya menyatakan fakta :
pada tahun 2022 “Israel” akan tidak ada lagi.
Komuniti bijak pandai AS bersetuju dengan pernyataan Kissinger,
meskipun mungkin tarikh tepat runtuhnya “Israel” tidak mereka ketahui.
16 badan pemikir AS dengan anggaran gabungan lebih dari 70 juta USD
telah mengeluarkan analisis 82 muka surat berjudul “Preparing for a
Post-Israel Middle East”.
Laporan itu mengamati bahawa 700,000 pendatang haram “Israel” telah
mencuri penempatan pada tahun 1967-tanah di mana seluruh dunia bersetuju
adalah milik Palestin, bukan “Israel”-tidak akan tenteram dan hidup
dengan damai. Kerana dunia tidak akan menerima kehadiran mereka
terus-menerus di tanah yang dicuri “Israel” seperti Afrika Selatan pada
akhir 1980-an.
Golongan pelampau Likud pemerintahan “Israel”, menurut laporan itu
semakin memaafkan dan mendukung kekerasan membabi-buta dan pelanggaran
hukum oleh pendatang haram Yahudi.
Laporan tersebut menyatakan bahawa jenayag oleh ekstrimis Yahudi, dan
infrastruktur apharteid yang berkembang termasuk dinding pemisah dan
sistem yang lebih kejam dari pos pemeriksaan, tidak dapat bertahan,
tidak dapat berlanjutan dan tidak “selaras” dengan
“nilai-nilai” Amerika.
“nilai-nilai” Amerika.
16 badan pemikir itu bersetuju bahawa “Israel” tidak dapat menahan
raksasa pro-Palestin yang datang terdiri daripada Arab Spring,
Kebangkitan Islam dan kebangkitan Iran.
Perisik AS mengatakan bahawa dalam realiti ini, kerajaan AS tidak
akan lagi memiliki sumber kekuatan ketenteraan dan kewangan untuk terus
menopang “Israel” terhadap keinginan-keinginannya.
Dalam rangka untuk menormalkan hubungan dengan 57 negara Islam, AS
akan harus mengikuti kepentingan nasional dan menarik diri untuk
“Israel”.
Menariknya, baik Henry Kissinger mahupun penulis lain dalam Laporan
itu tidak ada yang memberikan tanda bahawa mereka akan meratapi kematian
“Israel”.
Ini luar biasa, mengingatkan bahawa Kissinger adalah seorang Yahudi
yang selalu dilihat sebagai teman “Israel” dan bahawa semua orang
Amerika termasuk mereka yang bekerja untuk badan perisik, telah sangat
dipengaruhi oleh media pro-Israel.
sumber: billyinfo.blogspot.com
No comments:
Post a Comment