Monday, 24 December 2012

ULAMA JAHAT FATWANYA DIHUJUNG LIDAH TIDAK BERSANDARKAN DALIL DAN NAS!!!!!!

Nik Aziz Mulut Celupar.....





 

KUALA TERENGGANU 23 Dis - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.
   
 
Muhyiddin berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin Pas itu setiap kali menjelang pilihan raya.
   
 
"Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang Umno ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini, semalam, lapor Bernama.
   
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti Umno yang beliau anggap mungkar.
   
 
Muhyiddin berkata kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin Pas itu bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon Umno dan BN pada pilihan raya umum nanti.
 
 
"Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar, lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya," katanya.
   
 
Muhyiddin berkata apa yang dilakukan Nik Aziz hanya bertujuan memecahbelahkan umat Islam; "Inilah antara sebab masalah perpecahan di kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin Pas," katanya.
   
 
Mengenai hukum hudud, Muhyiddin berkata kerajaan BN tidak pernah menolak hukum Islam.
   
 
"Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira," katanya.
KOMEN KD :

TAFSIR AYAT 175 HINGGA 177 SURAH AL A’RAAF


175. Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang Yang sesat.
 

176. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
 

177. Amatlah buruknya bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.




PERUMPAMAAN ULAMA’ JAHAT DENGAN ANJING




Dan tafsiran perumpamaan ini di sisi kebanyakan ahli ilmu tafsir secara umumnya merujuk kepada setiap orang yang mengetahui al Qur’an tetapi tidak beramal dengannya. Sesetengah pendapat(lemah) merujuk kepada orang munafik. Pendapat yang pertama lebih benar.

Begitu juga pendapat Mujahid tentang ayat ini; “Begitulah keadaan sesiapa yang membaca al Qur’an tetapi tidak beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya.” 

Sesetengah ulama pula menyebutkan bahawa ; “Inilah seburuk-buruk perumpamaan. Kerana sesungguhnya Allah menyamakan orang sebegitu yakni yang dikalahkan oleh hawa nafsunya sehingga ia tidak mampu mengawal dirinya daripada mendapat mudarat mahupun manfaat dengan seekor anjing yang sentiasa menjelir lidah.”


Allah membuat perumpamaan orang-orang yang mengambil ‘rasuah’ dalam agama dengan anjing yang sentiasa menjelir lidahnya. Betapa hinanya perlakuan mereka yang tahu ayat Allah tetapi sanggup menggadaikannya dengan mata benda dunia yang sedikit. 


No comments: