Fakta Mereng Tapi Benar !!
1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.
2.
Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada
lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung
lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air
dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh
isteri.
3.
Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6
km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki
kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika
tidak membawa kompas.
4.
Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946,
mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal
dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang
dia adalah seorang Ultraman!.
5.
Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi
ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah
terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.
Baca lagi untuk fakta-fakta yang boleh buat anda mereng.
Baca lagi untuk fakta-fakta yang boleh buat anda mereng.
6.
Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau
Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi
kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar
menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.
7.
Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas,
Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh
budak-budak sekolah ketika bercinta.
8.
Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air.
Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan
kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak
iaitu sindrom ‘masuk air’.
9.
Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada
bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula
bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.
10.
Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa
Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii
iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam
Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z
kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.
11.
Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir
dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan
hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga
sekejap.
12.
Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell
(neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita
akan pergi juga bernama Hell.
13.
Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti
bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain
yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung
bercakap seumur hidupnya.
14.
Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom
Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian??
Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah
Kampung Kerinchi.
15.
Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya
sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga
boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.
16.
Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai
rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol,
kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan
AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula,
majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di
beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala
dengan kadar yang kuat.
17.
Tomato dan Timun adalah buah-buahan ye, bukan sayur. Taugeh dan Sawi
pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ye, bukan Utopia.
18.
Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki
kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat.
Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta.
Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu
terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki
kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.
19.
Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun
semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk
mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter
dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu
semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta
bintang paling popular.
20.
Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos
laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala
dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa
henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari
Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh
diberhentikan kerja serta-merta.
21.
Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup
untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu
kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama
dengan kari kepala ikan.
22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.
22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.
23.
Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang
jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila
Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya
mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.
24.
Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak
berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan
kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi!
No comments:
Post a Comment