Kalendar lucah untuk promosi keranda dikecam.
WARSAW: Sebuah syarikat membuat
keranda di sini mencetuskan kemarahan pihak gereja apabila cuba
meningkatkan perniagaan dengan kalendar yang mempamerkan wanita separuh
bogel di sebelah keranda buatannya.
Satu imej daripada kalendar edisi 2013 menunjukkan model yang hanya
berseluar dalam kecil bersandar pada keranda dengan seekor ular melilit
lehernya. Satu lagi gambar menunjukkan seorang wanita memakai korset
menarik jantung lelaki yang terbaring di dalam keranda.
“Anak saya mendapat ilham untuk menerbitkan kalendar syarikat yang
menunjukkan sesuatu yang kurang serious, berwarna-warni, mempamerkan
kejelitaan gadis Poland dan kecantikan keranda kami.
“Kami ingin menunjukkan bahawa keranda bukanlah simbol keagamaan.
Mengapa orang ramai perlu takut dengan keranda dan bukan perniagaan
pakaian, kosmetik atau barang kemas?” kata pemilik syarikat, Zbigniew
Lindner.
Selain menjadi publisiti syarikat, kalendar itu juga ialah untuk dijadikan sumber pendapatan.
Sesiapa yang memesannya akan menerima hadiah pemegang kunci berbentuk keranda.
Gereja Katolik mengecam syarikat berkenaan dengan menyifatkan kalendar itu sebagai tidak sesuai.
Seorang jurucakap gereja berkata, kematian manusia perlu dipenuhi kemuraman, bukan dicampur dengan seks.
Gereja Katolik dan ajaran agama itu menjadi ikutan rakyat Poland sejak
sekian lama. Bagaimanapun, perubahan dalam kehidupan masyarakat mencabar
kepercayaan terhadap agama itu. - AFP
No comments:
Post a Comment