Apa Perlu Aku Dibuat Jika Aku Mangsa Rogol.
Saban hari, macam-macam kes yang kita sering dengar di dada akhbar. Itu
baru akhbar, belum dikira lagi di blog-blog atau yang seumpamanya.
Mungkin anda perlu tahu sebelum terkena atau anda mungkin tidak mahu
tahu sebab yakin anda pasti bukan mangsanya.
Namun tips berikut boleh
sedikit sebanyak perlu diketahui oleh anda bagi mengelakkan
perogol-perogol ini terlepas begitu sahaja.
Jadi anda mungkin rugi,
rakan-rakan anda mungkin rugi, sanak saudara atau orang yang rapat
dengan anda. Apakah langkah-langkah yang perlu anda ambil sekiranya anda
telah dirogol?
Perkara pertama yang perlu anda tahu, siapa yang merogol anda.
Itu yang paling penting. Namun ada kemungkinan anda langsung tidak
mengetahui siapa yang merogol anda. Tetiba sahaja anda dirogol.
Bunyi
pelik namun kejadian seumpamanya memang berlaku. Kemudian anda perlu
tahu bagaiamana polis mengesan perogol selain daripada tangkapan rambang
dan melalui proses pengecaman.
Seringkali jika mangsa rogol panik, dilema
atau berduka lara namun anda perlu menegakkan keadilan. Jadi langkah
dibawah amat penting bagi memudahkan anda mendapat pengadilan
sewajarnya.
Selepas anda dirogol, pastikan anda tidak kalut dan catatkan seberapa banyak maklumat yang penting semasa
kejadian tersebut berlaku. Lokasi, masa, keadaan perogol (jenis kulit,
saiz badan atau tanda-tanda penting yang dapat anda cam pada perogol).
Usah buang masa berduka dengan kejadian yang menimpa anda.
Pastikan laporan polis dibuat dengan kadar segera bagi memudahkan pihak
polis melakukan siasatan seterusnya menangkap durjana ini.
Anda telah dirogol! Kenapa perlu menyembunyikan kejadian tersebut. Jika anda panik maklumkan kepada orang yang anda sangat percaya. Mudah-mudahan anda akan diberikan jalan penyelesaian oleh orang itu.
Pemeriksaan yang pantas oleh pakar perubatan mampu memberikan
cukup bukti kepada anda untuk mengheret perogol ke muka pengadilan.
Jika
anda rasa anda perlu mandi untuk membuat pemeriksaan supaya anda tidak
nampak selekeh, anda silap! Jika anda mandi bukti di badan anda boleh
dimusnahkan.
Jika orang yang merogol anda itu ialah keluarga anda, teman rapat anda, kekasih anda, jangan sesekali membela perogol
tersebut. Ungkapan janji, amaran atau ugutan hanya untuk menutup
tembelang si perogol. Jika anda berdiam diri, pastinya anda akan dirogol
di lain hari.
Jangan bertindak sendirian dengan melulu. Jangan marahkan nyamuk seekor, habis satu kelambu dibakar. Percayalah pada undang-undang.
Serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan. Dapatkan biro
guaman kerajaan sekiranya anda tidak mampu untuk membayar kos guaman
yang mahal.
Perkara yang selalu difikirkan oleh mangsa rogol adalah hinanya setelah
dirogol a.k.a hilang dara tanpa rela. Ingatlah masih ramai simpati dan
menyokong anda.
Jadi positifkan minda anda dan hadapi dunia
dengan tabah. Walaupun satu negara tahu anda telah dirogol kelak,
perogol perlu mendapat balasan yang setimpal atas apa yang dilakukannya.
Semua ini adalah takdir Ilahi. Kita tidak mahu menjadi mangsa, tetapi
jika berlaku anda perlu menegakkan keadilan. Biar sesiapapun yang
merogol anda, jangan pula anda terjun daripada bangunan untuk lari
daripada masalah anda. Berhati-hati para wanita. Tutupkan aurat yang terdedah adalah sebaik-baik langkah pencegahan yang mudah. Sekian.
No comments:
Post a Comment