Senjata Melayu Diperlekehkan Sekian Lama, Hakikatnya....
Seringkali
bila kita diperingatkan atau menonton filem Melayu mengenai kejatuhan
Empayar Islam Melaka di tangan orang Portugis.
Kemudian Belanda,
kemudian Inggeris, kita digambarkan bahawa pahlawan-pahlawan Melayu kita
berjihad mempertahankan Tanah Melayu ini dengan hanya menggunakan
keris, pedang, tombak dan panah.
Sedangkan orang Eropah menggunakan senapang, pistol dan meriam.
Sedangkan orang Eropah menggunakan senapang, pistol dan meriam.
Hakikatnya Empayar Islam Melaka mempunyai meriam yang jauh lebih canggih
daripada tentera Portugis, Belanda dan Inggeris.
Dan Melayu di zaman
Empayar Islam Melaka maju bukan kerana mereka menggunakan Bahasa
Inggeris dan tulisan rumi, tapi mereka boleh maju walaupun dengan Bahasa
Melayu dan tulisan Jawi.
Sekali lagi Melayu telah diperlekehkan bahawa
Melayu ini mundur, tidak mempunyai ilmu untuk membuat persenjataan
canggih, pernah dulu Melayu diperlekehkan hendak buat paku pun tak tahu.
Berikut adalah sedikit fakta sejarah yang membuktikan orang Melayu di
zaman Empayar Islam Melaka jauh lebih hebat daripada orang Eropah.
Lebih kurang seabad selepas senjata api dicipta oleh orang Arab, orang Melayu mula membuat senjata api.
Bukti kegiatan ini telah didokumenkan
oleh W Linehan dalam penulisan beliau bertajuk Beberapa Pertemuan Di
Tembeling. Di tebing Sungai Tembeling di Semenanjung Malaysia, dia telah
menjumpai beberapa acuan untuk membuat meriam pada abad ke 13 dan 14.
Menurut penakluk Melaka, Alfonso d'Albuquerque, pembuatan senjata api orang-orang Melaka adalah setanding dengan orang Jerman.
Ini bermakna
ianya lebih baik dari orang Portugis, tetapi senjata yang terbaik ketika
itu adalah dari kerajaan Uthmaniah Turki.
Apabila Portugis mengalahkan
Melaka, mereka menjumpai beribu-ribu meriam termasuk satu meriam yang
begitu besar yang Alfonso telah menghantar ke sekutunya di India iaitu
Zamorin dari Calicut.
Meriam-meriam yang dihasilkan oleh kesultanan Melayu terdiri dari pelbagai mutu. Yang paling kuat dibuat oleh sultan yang kaya.
Meriam-meriam orang Melayu yang terbaik dengan mudah dapat menghancurkan
kapal-kapal perang Eropah.
Antaranya Syarikat Belanda India Timur
hilang kapal perangnya apabila mereka menyerang Makassar pada tahun 1667
dan satu lagi pada abad ke 18 apabila mereka menyerang orang Bugis di
Bintan.
Meriam-meriam yang dihasilkan oleh orang Makassar adalah dari kualiti
yang tinggi yang diminta sebagai ganti rugi oleh orang Belanda (walaupun
orang Belanda yang memulakan peperangan).
Kerajaan Melayu Siam juga telah membuat meriam-meriam yang terbaik di
Pattani. Dalam tahun 1571 mereka telah menyiapkan dua meriam yang
berukuran 22 kaki dan 7 inci.
Meriam-meriam ini amat berjasa dalam
mempertahankan Pattani daripada beberapa serangan Siam selama lebih dua
ratus tahun.
Pattani akhirnya tewas di tangan Siam pada tahun 1786 dan
meriam-meriam besar Pattani telah dibawa ke Bangkok.
Salah satu meriam,
Seri Negeri jatuh ke dalam laut ketika hendak dibawa manakala satu lagi
Seri Patani dipamerkan di Kementerian Pertahanan Thailand.
No comments:
Post a Comment