Tuesday, 18 December 2012

ISRAEL BUKAN KEBAL!!!!!

 

Inilah Bukti Kerajaan Zionis Kelam Kabut semasa serangan Al-Qassam.



Aviv - perang lapan hari yang dinamakan perlawanan sebagai perang Hijarotu Sijjil telah merugikan ekonomi Israel mencecah 760 juta dolar.


Sementara itu, menurut pakar ekonomi Zionis menyebutkan, pada hari pertama serangan Israel ke Gaza telah merugikan ekonomi Israel mencapai 100 juta dollar.


Harian Yedeot Aharonot dalam laporannya menyebutkan, sumber-sumber pantau menyebutkan, jabatan perang Zionis akan dituntut menukar 250 hingga 510 juta dolar akibat serangan terakhirnya ke Gaza.


Di mata Hamas serangan Israel ke Semenanjung Gaza, Palestin, membuktikan kepanikan Negeri Zionis terhadap kemajuan persenjataan Hamas.


"Untuk pertama kalinya F16 Israel melintasi langit Gaza," kata Ketua Protokol Parlimen Palestin, Majed Nazebda, di Semenanjung Gaza, Khamis 29/11 lalu.


Tapi kerugian bukan cuma ada di pihak pejuang Palestin. Najeb menyatakan Zionis Israel juga merasakan serangan balasan yang tak kalah hebatnya. 


Pejuang Palestin, berjaya melancarkan roket Al-Qassam hingga ke tengah-tengah Ibu Kota Israel, Tel Aviv. Tidak setakat itu, pejuang juga berjaya menenggelamkan beberapa kapal laut Israel.


Kejayaan pejuang Palestin menyerang jantung kota Tel Aviv bukan perkara remeh. Jarak dari Gaza ke Tel Aviv berkisar 130 kilometer. Belum lagi Israel juga mempunyai sistem perlindungan antirudal yang disebut iron dome.


Najeb menceritakan, ketika Presiden Iraq, Saddam Husein berkuasa, ia pernah melancarkan 49 roket ke Bandar Tel Aviv. Kala itu Saddam berkata, siapa negara yang boleh melancarkan roket ke-50 ke Tel Aviv? "Ternyata pejuang Palestin lah yang berjaya menjawab soalan Saddam Husein pertamakali," ucap Najeb bangga.


Israel mula kekalahan menghadapi serangan roket Hamas yang bertubi-tubi. Sejak tahun 2007, kemampuan ketenteraan Hamas justeru semakin meningkat. Hal ini dilihat dari kuantiti roket yang telah dilancarkan oleh Hamas selama enam hari pencerobohan Israel ke Gaza.

No comments: