Thursday, 13 December 2012

PENCACAI PAKATAN PEMBANGKANG PANDAI MENIPU DIRI SENDIRI!!!!

 

 

Mat Sebu Buat Kenduri,Berduyun-duyun Orang Mari. 

 

Alkisah di sebuah kampung menetaplah seorang lelaki yang bernama Mat Sebu(tiada kaitan langsung Dengan Mat Sabu)Dia ni suka buat cerita yang bukan2.Habis huru hara satu kampung dibuatnya.

Bermodalkan mulut nya yang petah bercakap dia akan cipta banyak isu untuk mempopularkan dirinya.Walaupun banyak yang tidak betul yang peliknya ramai orang yang percaya autanya.
Modal ceritanya berkisarkan kisah peribadi orang kampung.Habis dibukakan aib orang tanpa mengira perasaan orang lain.Yang penting hatinya puas dapat perhatian orang kampung.
Hendak dijadikan cerita atau mungkin juga kifarah Allah atau mungkin juga kebetulan maka terjadilah suatu peristiwa yang pelik.
Pada Suatu hari Mat Sebu bercadang hendak mencipta suatu isu yang boleh menyusahkan orang ramai.Puas dia memikirkan hendak tipu apa hari ini.Kalau aku tipu pun tak apa sebab ramai orang akan percaya cakap aku.Setelah berfikir semasak-masaknya dia mendapat ilham iblis(bukan Ilham Allah).
Maka dia bercakaplah di warung kopi mengatakan bahawa dia akan buat kenduri arwah di rumahnya pada sebelah malam.Lauk kendurinya daging rusa dan landak.Dia menjemput semua orang yang ada di warung ke rumahnya malam nanti.
Ada yang tak percaya tapi yang heran nya ramai sangat yang percaya.Dalam erti kata yang lain Mat Sebu ni ramai pengikutnya.Maklumlah di kampung itu terlalu ramai orang yang bodoh.
Mana-mana yang percaya mereka menyebarkan berita tersebut ke seluruh kampung.Ramailah bercadang hendak menghadiri kenduri Mat Sebu.Siapa yang tak nak makan daging rusa weh!
Pada senja Mat Sebu berjalan menuju ke warung untuk minum.Dalam keadaan samar-samar gelap senja Mat Sebu terlihat orang ramai berduyun-duyun menuju kearah yang sama arah dengan rumahnya.Kehairananlah Mat Sebu melihat fenomena itu.
Dia melaung,hoi hangpa nak pi mana?
Nak pi kenduri rumah Mat Sebu jawab mereka
beramai-ramai.
Hah!bila pulak aku buat kenduri,termenung sejenak Mat Sebu memikirkan hal tersebut.
Orang Ramai makin ramai berduyun-duyun pergi ke rumahnya.Terdetik di hati Mat Sebu.
"Ye ke kat rumah aku ada kenduri?Entah-entah ada sungguh kenduri di rumah aku ni.Kalau aku tak pergi rugi.Baik aku ikut dia orang.Hoi,tunggu aku,jangan tinggalkan daku!"jerit Mat Sebu.
Akhirnya setelah puas menipu orang Mat Sebu berjaya juga menipu diri sendiri.
RENUNG-RENUNGKANLAH KUASA ALLAH!

No comments: