Awek Bunuh Diri Selepas Gambar Buah Dadanya Tersebar Di Internet..
Awek yang bernama Amanda Todd itu
ditemui mati membunuh diri di rumahnya di Port Coquitlam, British
Columbia, Kanada, dengan menggantung diri sendiri..
Dia dipercayai menjadi mengsa buli siber di internet berdasarkan video
yang di muat naik ke laman You Tube beberapa minggu sebelum bertindak
nekad membunuh diri dengan menggantung diri di rumahnya..
Dia juga dikatakan telah mengambil dadah dan alkohol berlebihan dan
telah dua kali cuba membunuh diri sebelum kejadian itu dengan mengelar
tangannya sendiri dan meminum racun peluntur..Bagaimanapun tindakan
untuk bunuh dirinya itu tidak berjaya..
Tekanan terhadap dirinya bermula selepas gambar lucah yang dia
menunjukkan buah dadanya disebarkan ke internet selepas berkenalan
dengan seorang lelaki dalam laman sembang online..
Akibat daripada itu, Amanda Todd telah mengambil keputusan berpindah ke
bandar yang lain kerana tertekan..Dia bagaimanapun terus di ganggu
melalui Facebook dengan suspek turut mengedarkan gambar lucahnya kepada
kenalan terdekat wanita itu..
Akibat beberapa tekanan lain yang tidak dapat diterima olehnya, dia mengambil tindakan bunuh diri menggantung dirinya..
Klip video itu berakhir dengan imej yang menakutkan dimana dia menunjukkan lengannya berlumuran darah kerana dihiris..
Berikutan kematian anaknya itu, Carol Amanda, ibu berkata Amanda Todd,
memberitahu dia mahu video itu dijadikan amaran kepada orang lain untuk
mengelakkan diri daripada menjadi mangsa buli di internet..
No comments:
Post a Comment