Seorang wanita Vietnam jadi jutawan hanya kerana jual rambut manusia.
BINH AN,
Vietnam - Seorang penduduk kampung di sini, Do Van Thu
menjadi kaya selepas dia menjual rambut manusia. Thu menjadi jutawan
dalam tempoh 13 tahun selepas dia memulakan perniagaan menjual rambut
manusia sehingga dieksport ke luar negara.
"Pada setiap tahun, keluarga saya mengeksport 50 tan hingga 60 tan rambut ke China.
"Kami membeli rambut di seluruh Vietnam termasuk dari Laos dan Kemboja," katanya yang berusia 50 tahun.
Permintaan untuk mendapatkan rambut itu telah meningkat sejak sepuluh
tahun lalu terutamanya daripada golongan wanita muda. Thu mempunyai
sebuah bengkel yang digunakan untuk membersih dan mengumpulkan rambut
itu di sini sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk
kampung.
"Setiap pekerja saya memperoleh pendapatan AS$140 (RM427) sebulan," katanya.
Jumlah itu tiga kali ganda daripada purata pendapatan penduduk luar
bandar di negara ini. Menurut seorang penduduk kampung ini, Nguyen Van
Tam, harga rambut itu adalah antara AS$45 (RM137) hingga AS$250 (RM763)
bagi setiap satu kilogram. Menurutnya, harga tersebut adalah bergantung
kepada kualiti rambut.
No comments:
Post a Comment