Thursday, 25 October 2012

GONCANGAN MAUT.



Bahaya Timang Anak! WAJIB BACA



 Penting!!! Kita mesti pernah main timang baby kan.. Aku pun pernah. Bila baca pasal ni, dalam hati aku, “Alamak!! Apa yang aku dah buat ni.. Harap2 ok la baby tu..”



Bagi yang belum baca, baca la.. Info penting ni..!!!


 Fakta Kes

Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Dia sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Dia tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama dia mendapat sawan.



Sesampai di resus room (red zone), dia masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Dia kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depannya yang timbul dan mencembung (bulging). 



 Memandangkan dia tidak demam dan ujian menunjukkan dia kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak (Brain CT Scan).



Scan otak menunjukkan dia mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. 



Doktor bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.



SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)



SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. 



Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. 


Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.



Bahaya Timang Anak!!!! WAJIB BACA


Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.



Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.



Ini bukanlah kes SBS pertama yang berlaku. Sebelum ini  juga pernah di rawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.


PENCEGAHAN



Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain. Minta bantuan orang lain.



Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. 


Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.


Rujukan :


1.http://www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm
2.http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.htm
3.http://www.dontshake.org/
4.http://en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome
Dr.Muna
UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.
Petikan: Blog http://berdurikaktus.blogspot.com

No comments: