Padan muka wanita ini kerana Bogel di webcam.
SINGAPURA - Tiga lelaki dan tiga wanita yang dipercayai memeras
wang daripada mangsa dengan mengugut akan menyebar gambar bogel mereka
sudah ditahan.
Seorang mangsa berusia 22 tahun membuat laporan polis Ahad lalu selepas
sekumpulan anggota sindiket memeras wang daripadanya sejak sembilan
bulan lalu.
Lelaki itu mengenali seorang wanita di laman sembang Alamak.com pada Mei
tahun lalu. Dia memulakan perbualan melalui webcam bersama wanita itu
dan dipujuk untuk muncul berbogel di webcam.
Tanpa pengetahuannya,
wanita itu merakam aksinya dan mengancam untuk menyebarkan gambar itu di
Internet jika dia tidak memberinya wang.
Lelaki itu mematuhi arahannya dan memindahkan SG$5,000 (RM12,500), tetapi pemerasan itu tidak berhenti di situ.
Secara keseluruhannya, dia membuat lebih 80 transaksi pemindahan wang
sebanyak SG$97,000 (RM242,500) ke pelbagai akaun bank diberikan wanita
itu sejak sembilan bulan lalu.
No comments:
Post a Comment