Wednesday, 24 October 2012

Penghancuran Masjid Al-Aqsa!!!

 

 

Zionis Israel: Penghancuran Masjid Al-Aqsa Sudah sampai Ke Tahap Akhir.






 
 
 
Seorang anggota parlimen Hamas, Ameera Al-Halaika memperingatkan pada Jumaat lalu bahawa rencana penghancuran Masjid Al-Aqsa oleh Zionis Israel telah mencapai tahap akhir, menyeru bahawa negara-negara Islam yang membisu adalah merupakan tindakan yang salah.

 
 
Dia juga menyebutkan bahawa "negara kematian" yang menyelimuti dunia Islam menyebabkan rencana-rencana busuk Israel di tapak suci tersebut berjalan lancar hingga mencapai tahap akhir.

 
 
Dalam doa mereka, Halaika menyeru dunia Islam agar bersatu dan turut menyertai dalam barisan pejuang Muslim di Jerusalem.

 
 
Menurut Halaika, wajah-wajah iblis Israel terus bekerja siang dan malam serta melakukan pengusiran beramai-ramai terhadap warga Palestin yang semakin tertekan, ditambah lagi dengan pembangunan menyalahi undang-undang oleh penduduk Yahudi yang sangat bernafsu meragut tanah tersebut.

 
 
Peringatan Halaika tersebut dicetuskan setelah mendapati fakta bahawa Israel melakukan penggalian dan menghancurkan asas Masjid Al-Aqsa. Mereka malah membuat terowong dan lif di sebelah Barat Masjid untuk menghubungkan gerbang Al-Magharba dengan plaza Al-Buraq sebagai usaha mereka mempermudahkan penghancuran Al-Aqsa.

 
 
Sebuah organisasi Palestin berdasarkan Jerusalem mengesyaki bahawa Israel mula menggali terowong bawah tanah baru ke arah Masjid Al-Aqsa, tapak ketiga paling suci dalam dunia Islam.

 
 
Al-Aqsa Foundation for Heritage and Waqf mendakwa bahawa Israel Antiquities Authority, bekerja sama dengan organisasi pendatang "Elad" telah menggali terowong sepanjang 120 meter, dengan lebar 1.5 meter di bawah persekitaran Palestin, Silwan, di Jerusalem, menuju ke masjid.

 
 
Setiap hari kelihatan lori yang membawa tanah dan pasir sebagai sisa-sisa dari penggalian, yang mengangkut timbunan ke tempat yang tidak diketahui kewujudannya, yayasan itu menyatakan.

 
 
Operasi yang telah berlangsung selama kira-kira 40 tahun setakat ini, dilaksanakan sesuai dengan keyakinan Yahudi bahawa di bawah Masjid Al-Aqsa, terdapat sebuah kerajaan kuno tersembunyi yang telah lama hilang.

 
 
Menurut pertubuhan itu, terowong itu mulai di bawah Masjid di Silwan Ein, dan telah dilengkapi dengan lampu-lampu, tangga, dan besi konkrit untuk penguatan.

 
 
Penjajahan Israel tersebut semakin disemarakkan dengan diluncurkannya rencana pembangunan ribuan perumahan baru yang akan mengelilingi Al-Aqsa.

 
 
Seorang Arab yang menjadi anggota Knesset, Ahmad Tibi mengatakan pada Jumaat lalu bahawa Israel di wilayah yang dijajah tengah bersiap-siap membina 15,000 unit perumahan, dengan sebahagian besar berada di kawasan Garis Hijau di wilayah Tebing Barat yang dijajah.

 
 
Berita tersebut dipaparkan tak lama setelah adanya polisi Israel yang melebarkan pembangunan 900 unit rumah haram di Gilo, salah satu dari belasan penempatan illegal Yahudi di Jerusalem Timur.

 
 
Tentu saja keputusan tersebut mencetuskan kemarahan dari kelompok-kelompok antarabangsa, termasuk ketua PBB, Ban-Ki Moon yang mengutuk tindakan haram tersebut, menyebut semakin mengeruhkan usaha perdamaian di Timur Tengah dan bagi kedua-dua negara.

 
 
AS, Britain, dan Perancis juga menyesali tindakan Israel yang menolak permintaan antarabangsa untuk membekukan penempatan di Tebing Barat.

 
 
Warga Palestin menyebut kejahatan tersebut sebagai "paku terakhir untuk peti mati" bagi usaha penyelesaian dua negara.

 
 
Tibi mengatakan 15,000 unit perumahan baru tersebut merupakan ancaman yang lebih serius bagi Palestin, terutama Masjid Al-Aqsa.

 
 
Umat ​​Yahudi Ortodoks Israel meyakini, bahawa Palestin merupakan Tanah yang dijanjikan Tuhan, maka dari itu sudah seharusnya menjadi milik bangsa Yahudi.
 

No comments: