Sunday 28 October 2012

Samseng Perempuan!


Anak Perempuan Diajar Menjadi Samseng!


 Sebuah video seorang kanak-kanak perempuan yang menganiaya sepupunya kini tengah hebat diperkatakan di dalam internet.Video tersebut menunjukkan kanak-kanak perempuan itu menyiksa dan memukul sepupu lelakinya di atas dorongan ayahnya.

Video terbabit dirakam oleh ayah kanak-kanak perempuan tersebut,Lan Jianguo, di Kota Cangzhou, Provinsi Hebei, China Utara.Di dalam video tersebut,kanak-kanak perempuan itu memijak sepupunya sehingga jatuh ke tanah sementara ayah gadis tersebut berdiri berhampirannya dan mengambil gambar dan menyuruh anaknya terus bergaduh.

Ketika kejadian itu,ada seorang wanita cuba menghentikan pergaduhan itu tetapi dihalang oleh ayah kanak-kanak perempuan itu dan mengatakan ini perkara biasa.Ayah gadis tersebut mengatakan yang dia ingin mengajar sepupu lelaki anaknya itu agar dapat mempertahankan harga diri.Ini kerana ayah gadis tersebut sering dipukul ketika dia masih kecil dan kerana itu menggangu didalam kerjayanya.

Apa yang mengejutkan,kanak-kanak lelaki itu adalah anak kepada kakak lan sendiri dan kakaknya juga bersetuju agar lan mengajar anak lelakinya agar tidak menjadi seperti seorang pengecut.

No comments: