Mandi buih sambil bogel.
Warga Vietnam yang dicekup dalam serbuan di sebuah rumah urut di Bandar Puteri.
PUCHONG – Sebuah premis rumah urut yang menawarkan khidmat mandi buih
kepada pelanggannya di Bandar Puteri di sini lumpuh apabila kegiatan
mereka berjaya dihidu pihak berkuasa tempatan (PBT).
Dalam serbuan dilaksanakan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran
Subang Jaya (MPSJ)itu, 10 wanita warga Vietnam, enam pelanggan dan
seorang pekerja dicekup.
Ketika serbuan, tukang urut warga asing terbabit dikatakan asyik
memandikan pelanggan mereka dalam keadaan berbaring di dalam bilik mandi
yang berada di setiap ruang dipisahkan dengan dinding.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Ahmad Hasan berkata, empat premis
diperiksa, tiga daripadanya didapati mematuhi syarat dan notis
dikeluarkan pihak majlis seminggu sebelum ini.
Katanya, pemantauan dilakukan setelah tempoh notis tamat bertujuan supaya pengusaha premis mematuhi syarat lesen.
Beliau berkata, serbuan ke atas sebuah premis pusat penjagaan kesihatan
yang kononnya menjalankan perkhidmatan urutan mendapati pengusaha gagal
mempamerkan lesen perniagaan sah.
“Kebiasaannya pengusaha hanya menawarkan kadar khidmat urutan sebanyak
RM40 hingga RM50 tetapi premis ini menawarkan harga dari RM150.
“Pengusaha didapati menawarkan aktiviti mandi buih kepada pengunjung dalam keadaan berbogel,” katanya.
Pihaknya percaya wujud aktiviti pelacuran di premis itu dan kesemua
ditahan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
* Sumber Sinar Harian
No comments:
Post a Comment