Thursday, 18 October 2012

GAY KAH AKU???HU HU HU HU HU !!!!!!


OhYeah! Pesta Gay Di Malaysia KL.



Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab kau tidak minta untuk dilahirkan begitu. Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab bukan kau yang minta mempunyai perasasaan sukakan kaum sejenis. 


Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab itu hak kebebasan manusia. Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab itu aku punya pasal.


 Akan tetapi, jika kau seorang muslim, kau boleh menjawab begitu, ketahuilah kau adalah makhluk Tuhan paling keji. Bukan paling seksi ok. Hehehe. 


Hmmmm! gejala gay atau hubungan lelaki sesama lelaki kat Malaysia ni boleh dikatakan sudah agak normal dan biasa. Boleh nampak kat mana je lagi-lagi kat KL. Dia orang boleh berpelukkan dan meraba sana sini tanpa rasa malu.



Apalah nasib perempuan-perempuan zaman sekarang ni ye. Dah dapat lelaki yang menyayangi dunia akhirat, di tinggal-tinggalkan (ade yang terasa?). 


Nanti dapat suami gay, baru padan muka. Teringat cikgu kat sekolah dulu, bujang terlajak Cikgu Omar dan Cikgu Azmi (bukan nama sebenar). Beberapa tahun lepas dia kahwin dan masing-masing bercerai tak sampai setahun pun. 


Rupanya berkahwin pun sebab desakan keluarga. Kira nak jaga hati mak kat kampung yang tak nak anak dia jadi bujang terlajak padahal tak tahu siapa sebenarnya anak dia. 


Teringat lagi masa kawat , masa latihan dia boleh suruh  berkawat tanpa baju. Tahu apa kita  orang nampak, ada ‘benda’ tegak beb. Naik bulu roma satu badan. Hahaha.


Jika ditanya pendapat mengenai gay, what can i say. Aku bersyukur kerana Aku telah memilih jalan untuk tidak menjadi gay. Never. Aku masih lagi mengharap kasih sayang dan cinta seorang wanita. Masih lagi bernafsu melihat perempuan seksi dan tergoda bila digoda. Hahaha. 


Normal what? Akan tetapi, aku tak pernah menyalahkan mereka untuk memilih jalan menjadi gay kerana bukan aku yang ada ditempat mereka, jadi aku tak akan memahami sampai bila-bila apa sebenarnya yang bermain dalam jiwa mereka.


Apa yang aku tahu apabila di akhirat nanti mereka akan ditimpakan batu yang sangat  besar yang datang dari arah gunung yang tinggi menghempap kepala mereka sehingga mereka terbenam ke dalam tanah!!!

Nauzubillah!!!!!






Cuma, tolong jangan katakan, yang kau telah dilahirkan untuk menjadi seorang gay walhal itu semua datang dari diri kau sendiri. 

Pernah dengar yang bayi yang baru lahir tu ibarat kain putih. Terpulang pada kita untuk mencorakkan. Nak salahkan didikan agama? Aku tak rasa begitu kerana aku juga adalah kawan kepada insan bergelar GAY yang sangat baik. 

 Sangat caring pada aku malah aku sendiri pernah temankan dia di  suatu tempat (tempat tu biarlah rasa malu nak dedahkan)  ketika dahulu. 

Masa tu belum tahu dia siapa. Terkejut aku masa kita orang keluar tu, dia memang seorang lelaki sejati. Sampai je tempat tu lepas kena hug dengan kawan dia yang ketara adalah gay, terus transfer jadi ala-ala pondan. 

Pakai rambut palsu semua. Cucuk jantan sana sini ajak main kat hotel. Aku tersipu-sipu kat tepi mengenang nasib alahai.. kawanku. 

Malunya aku kalau berdepan ngan mak bapak kau.
Ilmu agama yang diberikan ibu bapa dia mungkin cukup, solat tak tinggal, pandai mengaji, muka handsome dan bijak pulak tu. 

Apa yang menghairankan, kecacatan otak mungkin yang dialaminya. Salah satu faktor mungkin membuat dia begitu adalah kerana dia adik lelaki bongsu dari 6 beradik yang 5 daripadanya adalah perempuan. 


Bila masa proses tumbesaran dia melihat akak-akak melaram baju perempuan yang cantik-cantik, pekena gincu kat bibir, tepek pipi macam-macam warna dan maskara semua, manusia mana yang tak sukakan kecantikkan, betul tak? Selalu kes macam ni kan?


Dari pemerhatian aku dengan apa yang terjadi di sekeliling aku, fikir baik-baik sebelum hantar anak korang ke sekolah berasrama, sekolah teknik ataupun sekolah khas untuk lelaki yang pelajarnya tiada satu pun perempuan atau mungkin mereka akan learn satu subjek baru iaitu “Homosexual” atau mungkin “Bisexual” yang terdorong untuk minat pada kedua-dua jantina lelaki atau perempuan. 


Dulu, aku ada tiga kawan lelaki yang memang betul-betul lelaki sejati masa kat sekolah dulu tapi bila dah terjumpa balik, terkejut  melihat perubahan drastik mereka. 

Dengan pergaulan terlampau dia dan kawan-kawan lelaki tanpa sempat melihat perempuan, mungkin itu yang menyebabkan dia terdorong menjadi seorang gay. Boleh dikatakan sebagai mangsa keadaan bukan?


Bergelar siswa di mana-mana insitutusi pengajian sekalipun, takkan lengkap kalau tiada golongan ini. Di University, kawan-kawan serumah aku sendiri boleh buat pesta tari-menari ramai-ramai dalam bilik. Bogel ke ape, Allahualam. Yang pasti, keluar dari bilik, mesti penuh lovebite seluruh badan. Ewwwkss!!

Aku tak pernah terfikir untuk membantu dia orang ni kerana aku tahu, alasan mereka ni terlalu kuat. Salah pujukan, kau orang yang ditarik jadi gay. 

Kalau mereka ni sendiri tak cuba nak ubah diri sendiri, apa kita buat pasti takkan menjadi. Gerenti! Teringat kata-kata cikgu , masa form 5 dulu, “Zaman sekarang ni pelik. Mak bapak tak kisah kalau anak lelaki bawak perempuan masuk bilik (alasan study), tapi akan risau sangat bila anak lelaki bawak member lelaki masuk bilik. Alahai….”

Kepada sahabat-sahabatku yang menghidapi masalah krisis identiti, cubalah bantu diri korang sendiri. Kalau korang dah tak tahu takut pada Tuhan, kesian lah kat mak bapak korang tu. 

Nanti akhirat sanggup korang lihat mereka terseksa kerana gagal mendidik anak? Mahu Tsunami kali ke-2? dan ingat, Nabi tak mengaku Umat weeehhh!! Renung-renungkan dan selamat beramal..

No comments: