Kisah Tafsir Mimpi Berbogel Mengelilingi Kaabah Yang Mencairkan Hati Yang Keras– Sheikh Ahmad Sudais!!!!
Sheikh Ahmad Sudais dijemput ke salah satu stesyen Radio di negara
beliau, untuk ditemuramah serta membincangkan hal hal yang berkaitan
agama di stesyen radio berkenaan.
Terdapat beberapa sesi temubual dan
soal jawab. Tidak ketinggalan juga sesi untuk para pendengar radio untuk
menelefon dan bertanyakan soalan kepada Imam Besar Mekah itu.
Ketika tengah rancak berkumandang di udara, Pihak stesyen radio menerima panggilan telefon daripada pendengar radio.
Pendengar : Assalamualaikum, izinkan saya bertanya soalan?
Sheikh Sudais : aiwa, teruskan.
Pendengar : Saya ingin bertanyakan mengenai Tafsir mimpi.
Pendengar : Saya ingin bertanyakan mengenai Tafsir mimpi.
Sheikh Sudais: Maaf, saya kurang arif berkenaan ilmu tafsiran mimpi tetapi silakan bertanya, mungkin saya boleh bantu dengan beberapa hadith shohih mengenai mimpi seperti mimpinya nabi Yusuf atau juga ada hadith2 lain, atau mungkin juga saya bertanyakan kepada kenalan saya yang lebih memahami.
Pendengar : Saya bermimpikan seseorang yang dalam keadaan bogel mengelilingi(tawaf) kaabah tanpa perasaan malu , apakah maksudnya Sheikh?
Sheikh Sudais: Masyaallah.. masyaallah, yang ini saya tahu, Orang itu akan diampunkan segala dosanya oleh ALLAH, Umpama bayi yang baru lahir.
Pendengar: Bolehkah saya memberi khabar gembira ini kepada beliau?
Sheikh Sudais: Sudah menjadi kewajipan bagi tuan untuk memberikan khabar gembira ini kepada beliau.
Pendengar : Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri.
Sheikh Sudais terkejut dan teresak2 menangis sehinggakan program itu terpaksa dibatalkan dan dihentikan kerana esakan tuan sheikh.
No comments:
Post a Comment