ARAK BERPERISA NENEN SEORANG MODEL.
Sebuah syarikat arak di Berlin, Jerman telah mengeluarkan minuman baru yang berperisa payudara seorang model.
Cara
pembuatan arak itu juga unik, minuman beralkohol itu harus ditumpahkan
dulu ke dada seorang model sebelum dimasukkan ke dalam botol dan
dibungkus.
Syarikat G-Spirits yang asal Jerman adalah sebuah kilang yang menghasilkan vodka, rum dan whisky dalam edisi khas.
Arak
edisi khas itu adalah minuman yang sudah ditumpahkan ke dada seorang
model Playboy yang berasal dari Hungary, Alexa Varga seperti yang
dilaporkan oleh Orange.
Selain Varga, terdapat juga
model lain seperti Amina Malakona dan Evelin Aubert yang diambil gambar
dalam keadaan bogel sambil menumpahkan minuman keras itu di dadanya.
G-Spirits
menghasilkan minuman berperisa payudara itu sebanyak 2,500 liter dan
dibungkus semula dalam botol-botol berukuran sederhana sebelum dijual
pada harga USD 150 (lebih RM450) sebotol.
Penjualan minuman itu
juga mendapat komen daripada beberapa pihak yang bimbang dengan
kebersihan minuman itu. Namun G-Spirits menegaskan produk-produknya
sudah diperiksa oleh Jabatan Kesihatan.
"Kami sangat mengutamakan
kebersihan dalam proses pembuatannya, pasukan-pasukan perubatan juga
datang untuk memeriksanya," kata wakil G-Spirits.
No comments:
Post a Comment