Wednesday, 24 October 2012

HUKUMAN PESALAH SEKS!!!

 

5 HUKUMAN PERSALAH SEKS YANG PELIK DAN LUCU DIDUNIA. 

Sama seperti kesalahan jenayah, di pelbagai negara di dunia didalam urusan seks pun boleh menjadi persoalan yang termasuk didalam undang-undang negara mereka. 

Jom kita lihat di antara undang-undang yang telah diguna pakai bagi negara-negara tertentu. Dipetik dari pelbagai sumber, berikut beberapa hukuman seks yang didapati pelik dan terjadi di pelbagai negara di dunia.

1. Alexandria, Minnesota
Para suami yang mulutnya berbau tidak boleh bermesra dengan isterinya. Jika si isteri meminta suaminya untuk membersihkan gigi dan mulut, undang-undang mewajibkan mereka menuruti perintah si isteri. Busuk susah juga ye ?

2. Australia
Dewan Sensor Kerajaan Australia melarang model atau artis wanita yang payudaranya rata atau yang ber-cup A muncul dalam majalah lelaki dewasa. Perkara ini untuk mencegah terjadinya pelecehan, kerana model dengan payudara ber-cup A kelihatan seperti wanita di bawah umur.

3. Sioux Falls, South Dakota
Semua hotel perlu melengkapkan bilik mereka dengan tempat tidur kembar (dua tempat tidur dalam satu bilik). Jarak antara dua tempat tidur itu harus 60 inci jika yang menyewa bilik adalah pasangan. Pasangan dilarang bercinta di antara dua tempat tidur itu.

4. Tremonton, Utah
Dilarang bagi seorang wanita berhubungan seks di dalam ambulans. Jika di ketahui, nama wanita tersebut akan dimasukkan ke surat khabar tempatan. Sementara jika lelaki bersanggama di dalam ambulans dan diketahui, dia tidak akan masuk akhbar.

5. Cali, Colombia 
Ketika pasangan pengantin melakukan malam pertama, ibu dari pengantin wanita harus ada dalam satu bilik yang sama untuk menonton -  Huhuhu.. pelik juga undang-undang ini jangan berangan-angan nak cari awek kat sana :)

Definisi Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. 

Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah. 

Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama.

Sekiranya ada undang-undang yang agak pelik seumpama itu dinegara kita tidak ke haru jadinya? 


 

No comments: