Sunday, 21 October 2012

Manusia Dan Buaya.

Persahabatan Manusia Dan Buaya (Chito And Poncho).


Persahabatan Manusia Dan Buaya Chito And Poncho

 

Persahabatan Manusia Dan Buaya (Chito And Poncho) | Siapa kata Manusia dan Buaya tidak boleh berkawan?  

 

Hari ini, terbaca mengenai seorang lelaki yang mempunyai hubungan persahabatan yang unik dengan seekor buaya di pedalaman Costa Rica. 

 

Seorang lelaki bernama Chito telah menemui seekor buaya berukuran kira-kira 5.18 meter telah ditembak di mata dan dibiarkan untuk mati.



Chito telah menemui buaya tersebut dan membawa buaya itu ke rumahnya menggunakan bot. Nelayan tersebut, Chito sentiasa berada di sisi buaya tersebut yang diberi nama Poncho dan tidur di sebelahnya pada waktu malam. 


Selepas beberapa bulan, buaya tersebut pun pulih dan sihat kembali. Chito kemudian melepaskan buaya tersebut ke tasik berhampiran rumahnya apabila merasakan buaya tersebut sudah cukup sihat untuk kembali ke habitatnya. 



Walaubagaimanapun, buaya tersebut datang balik dan mengikutnya balik ke rumah. Satu perkara yang unik lagi ialah, buaya tersebut akan muncul apabila Chito memanggil buaya tersebut dengan nama yang diberikannya iaitu Pocho.

 

Aku rasa tidak mustahil manusia dan buaya boleh berkawan seperti Chito dan Poncho. Tidak semua buaya itu ganas dan aggresif menyerang manusia seperti buaya lagenda bujang senang yang sangat ditakuti pada masa dahulu. 

 

Persahabatan Manusia Dan Buaya (Chito And Poncho) terjalin selama 20 tahun lebih dan sepanjang mereka bersama, buaya tersebut (Poncho) tidak pernah menyerang ataupun mencederakan Chito. Poncho the crocodile bagaimanapun telah meninggal dunia pada tahun lepas iaitu pada 10 Oktober 2011.

No comments: