Thursday 11 October 2012

PERSAINGAN MAUT DALAM MEREBUT GELARAN YB DI PARLIMEN JERANTUT!!!!!

Keunikan Parlimen Jerantut Yang Tiada Pada Parlimen Lain Di Malaysia Malah Di Dunia Sekali Pun.

  
Namun kita perlu akur kerana ia sering terjadi pada golongan tertentu.Tidak dapat tidak kita sukar untuk menyangkalnya kerana terjadi di depan mata.

Parlimen Jerantut sejak di ambil alih oleh anak tempatan suatu keunikan telah terjadi.Dulunya YB(arwah)Dato Sharif Ahmad memegang tampuk kepemimpinan Jerantut.Beliau bukan anak tempatan Jerantut.

Mitos A.
 
Manusia sering kali percaya pada tuah.Walaupun sukar untuk kita percaya pada tuah yang mungkin hanya kebetulan atau mungkin juga suratan.
 
Namun kita perlu akur kerana ia sering terjadi pada golongan tertentu.Tidak dapat tidak kita sukar untuk menyangkalnya kerana terjadi di depan mata.

Parlimen Jerantut sejak di ambil alih oleh anak tempatan suatu keunikan telah terjadi.Dulunya YB(arwah)Dato Sharif Ahmad memegang tampuk kepemimpinan Jerantut.Beliau bukan anak tempatan Jerantut.


 

Setelah beliau bersara menjadi ahli parlimen,tempatnya diambil alih oleh anak tempatan jerantut yang pertama iaitu YB Dato Wan Abu Bakar Wan Mohamad.

Maka bermulalah lagenda A di Jerantut.Ianya bermula pada tahun 1982 hinggalah sekarang.


YB Dato Wan Abu Bakar nama nya bermula dengan huruf A. Wan Pada Pangkal namanya adalah nama keturunan,tidak lah diambil kira.


Selepas berkhidmat 3 penggal tempatnya diganti oleh YB Ahmad Kamaruzaman Baria. Huruf A juga jadi tuah.Merasalah beliau sepenggal.


Kemudian muncul pula YBM Tan Sri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muazam Shah.Huruf A juga.Macam dah tak ada huruf lain gamoknya.

Kekallah beliau hingga sekarang.

Ingatkan parlimen aje yang terlibat.Rupa-rupanya penyakit ni berjangkit kkepada DUN juga.


Lihat DUN Tembeling.YB Khatib Abdul Rahman sepenggal. Huruf A tu.


Lihat DUN Tahan.YB Armia sepenggal.Kemudian diganti pula oleh YB Dato Ahmad Bazain Mahmud.Asyik-asyik A.Dua penggal.


Diganti pula oleh YB Abdul Malek Yusuf(Parti Pas).Walaupun Pembangkang hendak Huruf A juga.Calon UMNO Yang kalah dengan beliau pun huruf A juga Arwah Cikgu Abdul Halim Yunan.Merasa beliau sepenggal.


Selepas itu YB Ahmad Jaafar.Kan huruf A juga.Merasa beliau sepenggal.


Ada lagi.YB yang sentiasa dicemburui oleh kawan dan lawan iaitu YB Dato Wan Amizan. A juuuugaaa.Masih dalam perkhidmatan.


Tengok pulok DUN Pulau Tawar.YB Abu Bakar Hasan(ayah Zukarmi,Cikgu Saya semasa sekolah rendah)Parti Semangat 46.tengoklah A juga.sepenggal.


Kemudian diganti pula YB Dato Azizan Yaakod(sifu politik saya).Mesti A
lah.Sepenggal juga.

Sekarang ni YB Dato Dr Ahmad Shukri Ismail.Sah lah A nya.


DUN Damak pulok MCA.Kalau cina sah lah A juga.Dato Lau Lee.Pelik nama ni.Cina lain ada tiga nama.Yang dia ni dua.Pening-pening guano jadi gini.Macam mantan YB Hu Sepang pulok.Tak apalah.Kita bagi A jugalah sebab dia cina bukan UMNO.YB Ah Lau Lee.


Keunikan ini di tambah perisanya dengan menampilkan YB wanita pulok.


YB DUN Tembeling YB Kamariah Noh.Dua penggal.Kemudian YB Chu Rahimah Kawi.Dua penggal.Tengok uniknya sebelah hujung Pulok.Huruf H. 
 
Yang menghairankan Calon Pembangkang yang kalah dengan YB Wan Amizan di DUN Tahan tu Calon Wanita Pas,iaitu Nuridah Saleh bekas ketua muslimat Pas Pusat.Hujungnya Huruf H lah.Macam-macam.

Jadi Tak salahlah kalau kita gabungkan A dan H menjadi AH. Kita bagi Kat Dato Lau Lee.YB Dato AH Lau lee.Haa!Pusing kat mana pun A jugalah.Tak lari punya.


Unik nyaaaa Parlimen Jerantut.Tempat lain ada ke macam Parlimen Jerantut?Tak ada punyaaaa.Kalau ada kasi tau sama saya, OK? 
BERMULANYA MITOS INI ADALAH MELALUI PERISTIWA KUNJUNGAN DYMM ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR RIAYATUDDIN AL-MUAZAM SHAH KE KAMPUNG BANTAL ULU TEMBELING PADA AWAL TAHUN 1950AN.
KETIKA LAWATAN ITU LAHIRLAH SEORANG BAYI LELAKI.BAGINDA SULTAN MENAMAKAN BAYI ITU DAN MENGAMBILNYA SEBAGAI ANAK ANGKAT BAGINDA.
BAGINDA BERTITAH,"BETA NAMAKAN BAYI INI DENGAN NAMA BETA.MUDAH-MUDAHAN DENGAN NAMA BETA INI DIA AKAN JADI ORANG BESAR SUATU HARI NANTI".
TERNYATA TITAH BAGINDA BEGITU MASIN MULUTNYA.BAYI ITU BILA DEWASA MENJADI ORANG PENTING KERAJAAN.AHLI PARLIMEN MERANGKAP TIMBALAN MENTERI. 
BELIAU IALAH DATO'WAN ABU BAKAR WAN MOHAMAD.
SEJAK ITULAH NAMA WAKIL RAKYAT DI JERANTUT BERMULA DENGAN HURUF A.
BERKEMUNGKINAN MITOS INI AKAN BERAKHIR DENGAN TIDAK BERTANDINGNYA YBM TENGKU AZLAN.
MITOS BERMULA DENGAN DAULAT AYAHNDANYA.DAN MITOS BERAKHIR DENGAN KEHADIRAN ANAKNDANYA!!!!
JADI BOLEH LAH ORANG YANG BERIA-IA DAN KEMARUK SANGAT HENDAK MENJADI YB BERSIAP SEDIA MULAI SEKARANG.
KALAU LAH MITOS A INI BERTERUSAN MAKA NAMA-NAMA DI BAWAH BERPELUANG MENJADI CALON UMNO.MEREKA IALAH:
NAMA BERMULA DENGAN HURUF A.
1.AHMAD SHAH JAMLUS
2.AHMAD DAUD
3.AHMAD NAZLAN
4.AHMAD NIZAM
5.AIDIL
6.WAN ALKAMAL SHAH
7.ABDUL HALIM JALIL
8.ABDULLAH LEBAI DIN
9.ABU BAKAR BUSU
10.ATAN POT
11.ATAN MELOT
12.ATAN BAZLI
13 W.ALBAHIZAM.
14.PENGHULU AHMAD SHAIFUDDIN


 SEKIRANYA YBM TIDAK TERCALON MAKA BERPELUANGLAH NAMA DI BAWAH MENJADI CALON UMNO:
1.GHAZALI HAMZAH
2.LAN HARUN
3.HJ NAZRI NGAH
4.CIKGU NORZARI
5.ZUKARMI
6.IR.JALALIDIN 
 
NASIB KAU ORANGLAH.ALLAH YANG AKAN TENTUKAN.

WALLAHUALAM!!!!!!!!

3 comments:

PemikirpolitikJerantut said...

Haha.. Sangat menarik kupasan Kutukan sy rasa ianya cukup menghibur dengan suasana politik di Jerantut sekanrang.. nama huruf saya pun bermula dengan A juga..hehe

Anonymous said...

komen bodoh...

Anonymous said...

awaklah bodoh,

otak awak tak mampu berfikir secara analisa!!!