Banyak untungnya kalau faham lelaki.
Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan
tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta
yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi
menyebabnya.
Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan,berbeza
dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda
melakukan begitu untuk meraih simpati.
Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki
umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya
terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi
anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil
masa yang lama.
Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya
yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-
gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh
bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu
anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini.
Ohhh, itu silap.
Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi
kesukaran,berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan
usah risau
sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan
demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan
keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang
bersama keluarga?
Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan
perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan,
terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan
-
lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan
semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.
Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang
kedegilan untuk tidak mahu memahami.
Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara
keseluruhan,sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro
iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang
suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah
kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.
Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda
pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk
sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan
mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu
berubah mengikut apa yang anda perkatakan.
Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,akhirilah
semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda
mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta
maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta
maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini
untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka
memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi
layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.Tapi
awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan
wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan
kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kuncing pun
pening dengan leteran anda.
Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik
dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju
jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang
lelaki?
Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan
Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan
perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
No comments:
Post a Comment