Mati Pucuk 18SX
Mati pucuk adalah kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau
mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks. Nama lain bagi
mati pucuk adalah disfungsi erektil dan ‘impotens’ bagi istilah
perubatan.
Lelaki yang berumur lanjut lebih berisiko mendapat mati pucuk atau disfungsi erektil. Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan mati pucuk adalah penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Lelaki yang berumur lanjut lebih berisiko mendapat mati pucuk atau disfungsi erektil. Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan mati pucuk adalah penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Untuk
sembuh dari mati pucuk, seseorang yang menghidapinya perlu berjumpa
dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan.
Selain itu, mati pucuk dapat dielakkan jika anda mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti:-
Minumlah
air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air putih dapat
melancarkan pengaliran darah ke bahagian tubuh badan dan bahagian penis.
Daging merah. |
Mati pucuk disebabkan oleh pengaliran darah yang tidak lancar pada bahgian penis. Elakkan ini berlaku dengan cara, kurangkan makan daging merah dan makanan berlemak tinggi seperti telur kerana lemak boleh berkumpul pada pembuluh darah dan menghalang pengaliran darah dengan lancar ke seluruh badan. Memakan daging merah boleh menyebabkan penghasilan sperma anda menjadi rendah.
Diet seimbang. |
Amalkan diet seimbang.
Makanlah
sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin untuk mengelakkan mati pucuk.
Buah-buahan segar dapat membantu anda menurunkan kadar trigliserida yang
berkumpul pada pembuluh darah ( arteri) sekaligus menyingkirkan lemak
dari badan anda.
Kurangkan lemak dan kolesterol.
Lemak
dan kolesterol dalam darah boleh menyekat aliran darah sampai ke penis.
Bagi mengelakkan masalah ini berlaku kurangkan makan makanan segera dan
makanan yang diawet dalam tin. Makanlah makanan yang kurang lemak dan
banyakkan memakan sayuran hijau dan buah-buahan segar.
Makanlah
suplemen tambahan seperti Gingko biloba yang dapat meningkatkan aliran
darah ke seluruh tubuh badan dan ke alat kelelakian anda.
Bersenam.
Bersenamlah
selalu dan secara teratur seperti berjalan kaki, berjogging,
berbasikal, berlari dan berenang bagi meningkatkan pengaliran darah ke
seluruh tubuh badan anda. Cuma 30 minit 3 kali seminggu.
Amalkan gaya hidup yang sihat.
Jauhilah
gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan minum minuman
beralkohol, gaya hidup tersebut boleh menyebabkan anda mendapat mati
pucuk dengan lebih cepat.
Kesimpulannya, mencegah lebih baik daripada merawat elakkan sebelum
kena, agar kehidupan rumah tangga anda berada dalam keadaan aman dan
bahagia selalu.
*Jumpalah doktor jika anda mengalami masalah disfungsi erektil atau mati pucuk.
No comments:
Post a Comment