Seorang
lelaki Nevada, Wesley Warren Jr, memerlukan RM3 juta bagi
membolehkannya menjalani pembedahan membetulkan buah zakarnya yang besar
melampau.
Selama
ini, lelaki berusia 47 tahun itu hanya mendiamkan penderitaannya, namun
semalam dia membuat rayuan terbuka bagi membolehkan pembedahan
dijalankan dan mampu menjalani hidup seperti biasa.
Warren memiliki buah zakar seberat 44.5 kilogram.
Disebabkan
pembesaran melampau pada buah zakarnya, Warren tidak boleh memakai
seluar, selain terpaksa bergantung kepada pemakanan antibiotik dan ubat
setiap hari.
Apabila keluar rumah, Warren perlu mengenakan seluar besar yang diubah suai.
Katanya, bukan mudah bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan keadaannya begitu.
“Masalah ini memaksa saya menghabiskan lebih banyak masa di rumah,” katanya.
Bagaimanapun, keadaan itu tidak menjadikan Warren terlalu kecewa.
Menurutnya, selain mempunyai sahabat, dia mahu menjalin hubungan cinta dengan wanita idamannya.
“Di sebalik kekurangan ini, saya tidak kecewa, berputus asa atau terfikir untuk membunuh diri,” katanya.
Kata Warren, dia percaya masalah itu berpunca daripada insiden pada 2008.
“Saya terkepit kemaluan ketika tidur dan keesokan harinya, ia membesar seperti bola,” katanya.
Sementara
itu, doktor berkata, Warren menghadapi masalah limfatik pada zakarnya
menyebabkan berlaku takungan cairan pada organ berkenaan dan ia
membengkak secara melampau.
No comments:
Post a Comment