Saturday, 23 June 2012

TAU TAKUT!!!!!!

Awek ‘Terkencing’ Sewaktu Cuba Hendak Bunuh Diri!












Gambar di atas adalah contoh salah satu percubaan bunuh diri beberapa tahun lalu yang sempat dirakamkan lensa kamera.
Nasib baiklah dia berjaya diselamatkan, tapi nak tergelak pun ada, mungkin kerana ‘takut’ dengan ketinggian itu, dia akhirnya terkencing!

Yang pastinya, habislah baju abang bomba tu berbau hancing….

SEMENTARA itu, sebenarnya kejadian bunuh diri ini bukan saja menjadi masalah di negara luar, di Malaysia juga tidak terkecuali.

Malah, menurut  laman web www.utm.my,  masalah ini sudah menjadi semakin meruncing.

Apa tidaknya, menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin tidak lama dulu, seramai 731 individu dilaporkan telah membunuh diri di negara kita sejak 2007.

Itu bukan jumlah yang sedikit. Dari jumlah sebanyak itu, 545 dari angka itu adalah lelaki dan selebihnya adalah wanita iaitu sebanyak 186 orang.

Daftar Statistik Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia pula menunjukkan 321 kes melibatkan pasangan berkahwin, 29 bercerai, 34 balu dan 298 kes golongan bujang.

Jika kita memandang pada sejarah yang lalu, purata jumlah kes bunuh diri di Malaysia dalam sehari saja sudah mencapai 7 orang. Itu tahun 2005.

Saya yakin, setelah beberapa tahun berlalu, angkanya sudah tentu meningkat berdasarkan faktor kehidupan yang semakin menekan. Sebagai individu yang prithatin, apa yang boleh kita lakukan bagi menangani isu bunuh diri ini?

Sebenarnya, dikatakan sebahagian besar dari individu yang ingin membunuh diri memberitahu rancangan mereka. Ada yang menyatakan niat mereka dengan jelas dan ada yang memberi kiasan saja.

 Jika rakan atau saudara anda ada memberitahu anda sesuatu dan ayat mereka lebih kurang serupa dengan ayat dibawah ini, nasihat saya, berjaga-jagalah, mereka mungkin mempunyai niat untuk membunuh diri:

Hidup ni sia-sia saja
 
Keluarga (atau kawan/kekasih) lebih bahagia tanpa saya
 
Ambillah barang-barang/koleksi saya ni. Saya dah tak perlukannya.
 
Awak pasti menyesal bila saya tiada nanti.
 
Saya takkan bersama awak tak lama lagi.
 
Saya tak dapat nak hadapi semua ini. Hidup ini susah sangat.
 
Saya tak akan jadi beban awak lagi lepas ni.
 
Semua orang tak faham saya. Semua orang tak dapat rasa apa yang saya rasa.
 
Lebih baik saya mati saja.
 
Saya rasa seperti tiada jalan keluar.
 
Hidup awak lebih baik tanpa saya.
 
Bunuh diri adalah salah satu simptom yang serius bagi individu yang mengalam tekanan (depression) yang teruk. Antara tanda-tanda tekanan adalah:

Rasa sedih dan tertekan
 
Perubahan pada pola atau corak tidur (contohnya; tidur terlalu banyak atau sedikit atau menghadapi masalah sukar tidur)
 
Perubahan yang ketara pada berat badan dan selera makan
 
Bercakap dan/atau bergerak dengan kadar kecepatan/kelambatan diluar kebiasaan
 
Hilang rasa minat pada aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan (contoh; hobi, aktiviti luar rumah, bersama-sama dengan rakan)
 
Menarik diri atau menjauhkan diri dari keluarga dan kawan-kawan
 
Rasa letih dan kehilangan tenaga
 
Kemampuan untuk berfikir dan fokus yang semakin berkurangan, lambat berfikir dan menjadi ragu-ragu.
 
Merasa diri tidak berguna, sia-sia dan rasa bersalah
 
Memikirkan tentang kematian, tentang cubaan bunuh diri dan mengharapkan pada kematian
 
Jadi, jika anda berhadapan dengan individu yang ingin membunuh diri:
Bawalah mereka ke tempat selamat agar mudah untuk mereka meluahkan masalah atau anda boleh yakinkannya untuk membawanya berjumpa dengan kaunselor, pegawai psikologi dan psikiatri untuk tujuan itu.

Cuba bercakap dengan mereka agar mereka dapat meluahkan perasaan

Jangan pandang remeh niat mereka untuk membunuh diri.

Jangan asyik memberi nasihat. Mereka sebenarnya ingin anda mendengar (listen) masalah yang dialami

Jangan cuba menilai tingkahlaku mereka kerana anda tidak mengerti dan tidak berada disituasi mangsa.

Jangan mengatakan “anda patut” kerana ini akan menyebabkan mereka merasa lebih bersalah dan merasa diri lebih gagal menjalankan sesuatu tanggung jawab.
sumber: mynewshub.my

No comments: