Friday, 8 June 2012

  
ini dia geng memperkosa lelaki!


INI DIA WAJAH GENG WANITA YANG SUKA ROGOL LELAKI!!!


Ini kes jenayah yg luar biasa. Sejumlah lelaki di Zimbabwe, Afrika, diculik dan diperkosa sekelompok perempuan yang berpura-pura memberi tumpangan kepada lelaki itu ketika melintas di jalanan! haha!

Hasil siasatan polis setempat  “ritual” penculikan dan pemerkosaan tersebut telah didalangi dan sekaligus menangkap tiga perempuan. 

Para penyiasat  di Gweru, Zimbabwe, menyita 33 kondom dari sebuah kendaraan suspek menyusul setelah menerima laporan tentang serangan terhadap sejumlah lelaki yang mendapat tumpangan di kota itu serta di Harare dan Mashonaland West.

Laporan-laporan dari Zimbabwe, sebagaimana di petik Daily Mail,  lelaki tersebut ditawarkan untuk menumpang kereta, tetapi kemudian dibius dan dibawa ke tempat-tempat terpencil oleh  penyerang perempuan itu. 

Para lelaki tersebut kemudian dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan perempuan itu, kadang-kadang tanpa mengunakan kondom, sambil di acu senjata. Para ‘pemerkosa’ kemudian mengumpulkan sperma mangsa, lalu menurunkan mereka di tepi jalan. 
 
Menurut NewZimbabwe.com, tiga perempuan itu telah ditangkap setelah polis menemui 33 kondom di dalam sebuah kendaraan di Lower Gweru, minggu lalu.

 Ketua Polis Midlands Senior Charles Makono mengatakan, geng perempuan itu dicurigai setelah meminta kepada polis apakah mereka boleh mendapatkan kembali kantung kondom dari kereta mereka, yang baru saja terlibat kemalangan.

Tiga perempuan itu, iaitu Rosemary Chakwizira (24 tahun), Sophie Nhokwara (26 tahun), dan Netsai Nhokwara (24), semuanya berasal dari Mkoba 4, Gweru.

 Mereka  ditangkap bersama seorang lelaki yang di dakwa bersubahat terhadap sejumlah serangan tidak senonoh itu. Dia juga menghadapi tuduhan pembunuhan kerana melanggar pejalan kaki hingga maut.


ini dia geng memperkosa lelaki!
 
 
Salah seorang wakil masyarakat setempat mengatakan , “Kami sangat terkejut dengan apa yang terjadi dalam masyarakat kami, di mana lelaki sekarang diperkosa perempuan. 

Nampaknya dunia telah terbalik sekarang. Namun, bagaimana mereka boleh hidup dengan tindakan seperti itu? Kami biasa minum bersama mereka di Uptown Night Club, dan kami tidak tahu bahawa mereka berada di belakang kes tersebut.”

Bagaimanapun kehdupan mereka kini dalam kebimbangan apabila sentiasa mendapat lindungan polis kerana di serang orang ramai yg marah dengan perbuatan mereka. Mereka masih menunggu keputusan mahkhamah atas kesalahan yg di dakwa..

Sesetengah orang di Zimbabwe percaya bahawa sperma boleh membuat nasib seseorang bertambah baik kerana ianya dikaitkan dengan kehidupan baru dan pertumbuhan semula.

Sophie Nhokwara






pelik…kuat sangat ke pempuan ni smpai lelaki2 tu boleh di rogol? ke lelaki2 tu rela jugaaaaaa……

No comments: