AWAS !! Tentera AS ada Pelan ingin Serang Makkah & Madinah.
Written By ustaz yahya alhafiz.
VIRGINIA:
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) terpaksa mengakui
bahawa seorang jurulatih di Kolej Pegawai Turus Tentera di Virginia,
mengajar satu kursus menyokong ‘perang habis-habisan’ terhadap Islam
selain menyarankan supaya kota Makkah dan Madinah dibom tanpa mengira
nasib orang awam, pendedahan yang memberi malu besar kepada
Washington.
Sukatan kursus yang
boleh dipilih pegawai tentera tetapi tidak diwajibkan itu, jelas
bertentangan dengan dakwaan yang berulang kali dibuat pentadbiran
Presiden Barack Obama, bahawa usaha Amerika untuk memerangi keganasan
tidak menyasarkan agama Islam.
Butir terperinci kursus yang diajar Leftenen Kolonel Matthew Dooley di kolej berkenaan, diperoleh blog Wired.com, Julai lalu.
Dooley
dalam kursus itu menyatakan bahawa tindakan memusnahkan kota suci
umat Islam, menyusul serangan bom nuklear, sama seperti yang dilakukan
tentera Bersekutu di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua dan serangan
bom di Dresden, Jerman.
Kursus yang dikendalikan dikenali sebagai ‘Perspektif Mengenai Islam dan Radikal Islam’.
Kursus
itu digantung pada April lalu selepas Pentagon menerima bantahan
daripada seorang pelajar dan Leftenen Kolonel Dooley sendiri tidak
lama kemudian, apabila beliau yang tidak lagi mengajar kursus itu,
walaupun masih bertugas di kolej berkenaan.
Kursus
itu diadakan lima kali setahun dan dihadiri 20 pelajar. Sehingga ia
digantung April lalu, seramai 800 pegawai tentera peringkat
pertengahan dan pegawai kanan menyertainya. Dooley dianggap seorang
pegawai tentera berpengalaman yang pernah berkhidmat di Iraq, Bosnia dan
Kuwait.
Sementara itu, Biro
Siasatan Persekutuan (FBI) mengakui pihaknya juga diarah membuat
perubahan ke atas beberapa dokumen rujukan yang boleh disalah anggap
sebagai menghina Islam.
“Apa yang
berlaku adalah bertentangan dengan nilai yang kami cuba terapkan dan
jelas sekali ia bukan untuk tujuan akademik. Ia satu perbuatan amat
tidak bertanggungjawab,” kata Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral
Martin Dempsey.
Dooley, dalam
kursus yang dikendalikannya Julai lalu, menjelaskan mengenai keperluan
untuk memerangi habis-habisan ‘falsafah dan ideologi Islam.
“Mereka
membenci dan tidak akan menerima sebarang pendirian anda selain tidak
akan bekerjasama kecuali anda tunduk kepada mereka,” katanya.
Beliau menambah, oleh kerana
Amerika yang melancarkan peperangan, maka ia tidak perlu terikat
dengan Konvensyen Geneva kerana konvensyen itu kini tidak lagi
relevan.
“Keadaan ini membuka
peluang kepada kita untuk sekali lagi melancarkan perang ke atas
penduduk awam jika perlu seperti di Hiroshima, Nagasaki dan Dresden,”
katanya.
– Agensi
No comments:
Post a Comment