Maha suci Allah dari segala sekutu. Tempat manusia berserah dan berwala’
kepadaNya. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW
diatas rahmat yang dicurahkan baginda ke seluruh alam.
10 Sebab Mengapa Mat Rempit Masuk SYURGA
1. Bukankah Allah itu Maha Penerima Taubat. Mereka bertaubat. Mereka
berazam betul-betul untuk tidak buat lagi perbuatan yang sia-sia dan
berdosa. Insya Allah, mereka akan masuk Syurga.
2. Jumlah mat rempit di Malaysia sahaja sudah mencecah ribuan orang.
Daripada mereka kamikaze di jalan raya, baik mereka melakukan ‘amali
istisyhadiah’ atau dihantar jihad di Palestin. Berdasarkan pengetahuan
penulis, peperangan di Palestin adalah perang jihad kerana mempertahan
hak, nyawa dan harta orang Islam.
3. Menghantar pesakit ke hospital. Ini mungkin tidak sesuai untuk
pesakit yang tidak sedarkan diri. Antara ‘basic knowledge’ bagi seorang
Mat Rempit ialah, CILOK. Penulis kadang-kadang kesian melihatkan
ambulan yang tersekat di dalam kesesakan jalan raya. Dengan bantuan Mat
Rempit, insya Allah lebih ramai nyawa yang akan diselamatkan.
Kalau pesakit tak boleh nak dibawa, Mat Rempit akan ke hospital
berhampiran dan akan membawa doktor dan petugas perubatan ke tempat
kejadian dengan sepantas kilat.
4. Berlumba-lumba untuk solat berjemaah. Walau sibuk macam mana
sekalipun, Mat Rempit tidak akan meninggalkan solat berjemaah. Dengan
penguasaan track (jalan2) yang tinggi, mereka dapat mengetahui di mana
kedudukan masjid dan surau dengan tepat.
Itu tidak lagi ditambah dengan pahala memboncengkan pakcik yang ditemui ditepi jalan untuk ke masjid.
5. Qiamulail. Seorang mat rempit telah terdidik untuk selalu berjaga
tengah malam sehingga pagi buta. Terutama malam-malam minggu. Masjid dan
surau-surau akan penuh dengan motor 125, RXZ dan lain-lain.
Motor-motor ini tidak lain dan tidak bukan adalah milik Mat Rempit yang
berqiamullail. Mereka menangis dalam solat tahajjud dan taubat.
Bersungguh-sungguh meminta dari Allah dalam solat hajat. Khusyu’ dalam
berzikir dan beristighfar.
6. Bincang masalah umat. Kebiasaan mat rempit adalah berkumpul dahulu
sebelum merempit. Semasa dalam kumpulan ini, mereka akan membincagkan
masalah-masalah umat Islam, isu politik, berbincang mengenai kekuasaan
Tuhan dan banyak lagi. Perbincangan mereka adalah perbincangan yang
tidak sia-sia.
7. Berkawal malam. Ada sebuah hadith nabi yang mafhumnya, seorang yang
‘ribat’ ditengah malam adalah lebih baik daripada seluruh dunia dan
isinya. Yang dimaksudkan dengan ribat ialah berkawal di tengah malam.
Mat Rempit akan bekerjasama dengan polis untuk mengawal masalah jenayah
yang sering berlaku pada tengah malam. Macam super hero lah kiranya
Mat Rempit ni.
8. Menghiburkan isteri dan keluarga. Jika dulu, Mat Rempit adalah
sinonim dengan Bohsia dan Bohjan. Sekarang, Mat Rempit bukan seperti
yang dulu. Mat Rempit selalu meluangkan masa membawa isteri dan
kadang-kadang anak-anak berjalan-jalan menaiki motor.
Pada hujung minggu, Mat Rempit akan berpiknik dan mengeratkan silatur rahim dengan Mat Rempit yang lain.
Mafhum Hadith ‘Sebaik-baik kamu adalah yang melakukan kebaikan kepada keluarganya‘.
9. Menangkap peragut. Jiwa Mat Rempit yang suka menolong orang dalam
kesusahan telah sebati. Dalam apa jua keadaanpun, seorang mat rempit
selalu ‘alert’ dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Kes ragut yang disiarkan di dalam TV tidak akan berlaku jika Mat Rempit
ada di tempat kejadian, kerana merekalah orang yang pertama akan
menangkap penjenayah itu.
Selain daripada itu, seorang Mat Rempit dikurniakan Allah satu ’sense’
yang istimewa. (sixth sense lah ni). Mat Rempit dapat menghidu jenayah
dari jauh dan dapat juga mengetahui niat jahat seseorang itu. Jadi,
sebelum jenayah berlaku, seorang Mat Rempit mungkin akan mengalihkan
perhatian orang yang berniat jahat tadi.
10. Tawakkal yang tinggi. Sentiasa bezikir. Sentiasa mengingati
kematian. Membaca doa keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Ini
semua adalah perkara-perkara yang seorang Mat Rempit akan lakukan ketika
mula menghidupkan enjin motor hingga kembali mematikannya.
Mat Rempit sedar bahawa ajal dan maut di tangan Allah. Nyawanya boleh
ditarik Allah bila-bila masa sahaja. Justeru, Mat Rempit selalu
mempersiapkan dirinya menghadap Yang Maha Esa
Dengan segala sikap, sifat dan perkara yang ditulis di atas, adalah
tidak mustahil bagi seorang Mat Rempit untuk masuk ke syurga.
p/s: Post ini dibuat sebagai response kepada masalah Mat Rempit yang
semakin menjadi-jadi. Namun penulis sangat yakin bahawa ada nilai
perubahan terhadap mereka yang bergelar REMPIT ini. Buktinya disini.
Disclaimer : Tulisan ini dbuat bersandarkan Al-Quran dan Sunnah serta
ilmu pengetahuan penulis. Ianya mungkin sahaja salah dan tidak
bertepatan dengan natural seorang Manusia. Namun disinilah tugas ANDA
sebagai harapan kepada Mat Rempit ini. Segala kritikan, komentar dan
teguran adalah amat dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment