Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara
terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat
kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan "oral sex" ini. Jika
ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan
seks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat kemaluan isteri
anda?
Allah SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru
Islam melarang dari mendatangi isteri dari `duburnya' dan juga semasa
haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang
khusus. Namun isu `oral seks' tidak mempunyai dalil khusus yang
melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan
ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan
suami dan isteri tanpa `oral seks', adalah dibenarkan menurut para ulama
Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syawat suami
isteri yang yang diharuskan.
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskan
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus
untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap
sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk
perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui
batas dalam hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah `anal sex' atau seks
melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya,
ataupun `oral seks' tiada sebarang nas dijelaskan dari Al-Quran dan
hadis yang melarangnya.
Pandangan `harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir,
Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (Prof Fiqh di
Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana
ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada
pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghidarkan
pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa ke lembah zina kelak.
Perbincangan ringkas
Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh
Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh
dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.
Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam
keadaan tiada sebarang cecair dikeluarkan semasa aktiviti oral sex ini
dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang
yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair
pelincir iaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. MMazhab Syafie dan Hanbali Pula mengganggapnya suci.
Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti
pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cercair mazi
ini adalah haram atau makruh berat.
Beberapa ulama kontemporari
menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.
Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram
memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini.
Bukan
sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan
haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi unutk
menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan
menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perkara
yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
"Oral seks" juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan juka sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh
dilaporkan dan diambil tindakn oleh undang-undang Malaysia.
Dari sudut
undang-undang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan
sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta'zir dalam Islam
bagi mereka yang sabit kesalahan.
6 comments:
HUKUM MENJILAT KEMALUAN...
MAKHRUH...TAPI MASIN SIKIT.
HA HA HA
he!he!he!!!!
I do not even know how I finished up here, but I assumed this publish used to be great.
I do not know who you might be however definitely you
are going to a famous blogger in case you aren't already. Cheers!
Feel free to surf to my web blog: Http://Eifeltexter.de/index.php?do=/Profile-4605/Info/
Fabulous, what a weblog it is! This webpage provides helpful facts to us, keep it
up.
Here is my webpage cost of dental Implant
An outstanding share! I've just forwarded this onto a colleague who had been doing a little homework on this. And he actually bought me dinner simply because I discovered it for him... lol. So allow me to reword this.... Thank YOU for the meal!! But yeah, thanks for spending the time to discuss this issue here on your internet site.
Here is my webpage ... dental implant costs
e cigarette health, ecig forum, e cigarette forum, electronic cigarettes, e cigarette health, e cig reviews
Post a Comment