Model Bunuh Diri Selepas Kekasih Batal Temu Janji.
CARDIFF:
Seorang pelajar merebahkan dirinya ke bawah kereta api yang bergerak
selepas menerima mesej pesanan ringkas daripada teman lelakinya yang
membatalkan temu janji mereka untuk menonton wayang.
Satu
inkues diberitahu, Gabrielle Joseph, 16, memberitahu rakan di
Facebooknya: “Saya akan membunuh diri malam ini’ kerana terlalu kecewa
selepas temu janjinya pada keesokan malam dibatalkan.
Pelajar yang juga model remaja itu mati beberapa jam kemudian.
Gabrielle
disifatkan sebagai remaja yang periang dan peramah dengan kehidupan
yang sibuk, belajar di sebuah kolej dan menjalankan dua kerja sampingan,
termasuk satu di kedai fesyen Hollister yang popular.
Dia
bercita-cita menjadi model terkenal dan dalam laman webnya, dia
menulis: “Untuk menjadi orang yang tidak boleh diganti, kita perlu
sentiasa berbeza.
” Inkues diberitahu, dia begitu terganggu selepas
menerima mesej berkenaan pada hari Easter April lalu dan 75 minit
kemudian, dia mati akibat kecederaan teruk selepas dilanggar kereta api
yang bergerak selaju 125 kilometer sejam berhampiran kediamannya.
No comments:
Post a Comment