Sunday, 10 June 2012

GILA SEKS!!!!!!!

Lelaki Tunjuk Kemaluan Depan Ustazah Diberkas.


 
KEDIRI - Seorang lelaki warga Purwoasari, Kabupaten Kediri, Jawa Timur, telah ditahan polis kerana menghadang rombongan guru-guru wanita dan menunjukkan kemaluannya sambil beronani dihadapan mereka pada Khamis lalu.

Kejadian tersebut berlaku di sebatang jalanraya, di Kampung Kapas, Daerah Kunjang. Ianya bermula apabila suspek yang sedang menunggang motorsikal dengan tiba-tiba menghadang sekumpulan guru-guru wanita yang terdiri daripada ustazah yang mengajar di empat sekolah rendah agama yang sedang berjalan pulang ke rumah masing-masing.

Suspek yang telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak, telah bertindak membuka seluarnya dan terus menunjukkan kemaluannya sambil menggayakan aksi onani dihadapan guru-guru muda tersebut. Jijik dengan perbuatan suspek, guru-guru tersebut telah membuat laporan polis di balai Kunjang.

Pihak polis telah bertindak dari laporan yang dibuat dan telah menahan suspek yang masih lagi berada ditempat kejadian.

"Suspek telah melakukan perbuatan yang tidak senonoh di tempat awam. Ini termasuklah juga aksi lucah. Kes ini akan dihantar kepada bahagian Keselamatan Kanak-kanak dan Wanita untuk siasatan lanjut," kata Ketua Siasatan Jenayah, Aiptu Sukoco.

Suspek memberitahu pihak polis bahawa tindakannya itu dibawah paras sedar. Ketika kejadian tersebut, semacam ada satu dorongan untuk beliau bertindak sedemikian dan ianya tidak dapat ditahan-tahan. Beliau juga telah mendedahkan perilakunya itu sudah tiga kali berlaku sebelum ini ditempat yang berlainan.

Ayah suspek, Tukiran, 65, ketika memberi keterangan mengenai perangai anaknya itu amat menyesal dan memohon maaf kepada semua mangsa yang terlibat. Beliau juga tidak menyangka perangai anaknya ketika remaja itu terbawa-bawa sehingga beliau berkahwin.

No comments: