Saturday, 16 June 2012

Wanita Ini Dipukul Menggunakan Kemaluan!!!

Wanita Ini Dipukul Menggunakan Kemaluan, Pampasan RM285 Juta Diberikan

NEW YORK: Juri persekutuan di Illinois semalam memutuskan pemberian ganti rugi berjumlah AS$95 juta (RM285 juta) kepada wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual.

Berdasarkan laporan The Sun, seorang pekerja stor sebuah pasar raya di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat (AS) diberikan pampasan RM285 juta selepas ketuanya memukul kepalanya dengan menggunakan kemaluan di dalam bilik stor Pasaraya Aaron's.


Pekerja berkenaan, Ashley Alford yang berusia dalam lingkungan 20-an, diberikan ganti rugi gangguan seksual terbesar di AS setelah dia dicabul oleh bekas ketuanya. Hakim sebuah mahkamah di sini memerintahkan pampasan itu dibayar oleh syarikat pasar raya Aaron. 
“Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, pampasan gangguan seksual ini adalah yang terbesar pernah diberikan kepada individu di AS,” kata peguam wanita berkenaan, David Ratner. 
Pengurus pasar raya Aaron, Richard Moore didakwa melakukan onani di depan Alford sambil menekan mangsa yang sedang duduk di dalam bilik stor. Moore didakwa kerap mengganggu bekas pekerjanya itu sebelum melakukan serangan seksual tersebut.

No comments: