Thursday, 21 June 2012

PEMINAT KHAIRUL FAHMI.

“Saya Juga Sukakan Penjaga Gol Malaysia” – Nikita Willy




Untuk pengetahuan, Nikita Willy adalah seorang pelakon dan antara sinetron yang pernah dibintanginya ialah “Puteri Yang Di Tukar” yang sedang hangat ditayangkan di stesen TV swasta tempatan. Pembabitannya dalam bidang nyanyian bermula semenjak setahun yang lepas kerana ingin mencuba sesuatu yang baru.


“Seperti yang kamu tahu, saya mula berlakon dari kecil lagi dan mula menyanyi sejak setahun lalu. Saya mahu cuba benda yang baru dan masih lagi belajar untuk menyanyi,” ujar Nikita Willy memulakan perbualan.

Tambah Nikita lagi, “Lagu saya pun sudah dijadikan lagu tema untuk beberapa siri sinetron yang sedang bermain di TV Indonesia sekarang.”

Penyanyi comel berumur 18 tahun ini juga berharap bahawa peminat di Malaysia akan memberikan sambutan yang hangat terhadap singlenya yang baru saja dilancarkan di Malaysia.


“Saya suka orang disini, gaya mereka bercakap dan macam-macam lagi. Saya juga sukakan nasi lemak – semalam saya makan nasi lemak 2 kali di tempat yang berbeza,” ujar Nikita sambil ketawa.

Nikita Willy turut menafikan gosipnya bersama pemain bola, Diego Michiels yang sedang melanda dirinya di Indonesia baru-baru ini.

“Kami hanya berkawan dan saya cuma mengambil gambar bersama Diego, mengenai gosip hubungan kami, itu cuma khabar angin semata-mata,” jelas anak sulung dari 2 beradik ini.

Tidak berperasaan negatif, Nikita turut memberitahu  mengenai pandangannya terhadap pemain bola Malaysia.
“Saya suka cara mereka bermain, pemain bola Malaysia bagus mainannya. Saya juga sukakan penjaga gol Malaysia (Khairul Fahmi) walaupun saya tidak mengenalinya,” seloroh Nikita mengakhiri perbualan bersama
sumber: ohbulan.com

1 comment:

Semut Hitam said...

Salam tuan.

Semut dalam usaha untuk mengumpulkan blogger2 di Pahang.

Mohon tuan hantar alamat email kepada Semut di: semuthitan80@gmail.com

Sudah sampai masanya kita bersatu dalam mempertahankan Barisan Nasional di negeri Pahang dan Malaysia secara keseluruhannya.

Kerjasama tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih.