Saturday, 30 June 2012

Perlukah mendengar laungan Azan di bulan untuk membuktikan agama kita benar?

Bercerita mengenai Neil Armstrong ke bulan.

Mungkin ada diantara anda pernah membaca mengenai perkara ini. Apabila menjejakkan kali ke bulan, Neil Armstrong telah mendengar laungan Azan dan setibanya beliau ke bumi, beliau telah memeluk agama Islam. (ceritanya lebih kurang macam tu lah).

Sampai sekarang, cerita mengenai Neil Armstrong ini sering dimasukkan di dalam artikel berkaitan dengan Agama. Masalahnya, adakah perkara ini benar? atau hanya propaganda? Adakah bukti kukuh?

Kalau perkara ini tidak benar atau belum pasti bukankan ianya mendatangkan fitnah? Adakah mengatakan seseorang itu Islam walaupun tiada bukti bukan fitnah? Tuduhan tanpa bukti kan suatu fitnah.

Mungkin ada yang percaya bulat-bulat tiada seginya. Maklumlah artikel mengenai agama seharusnya dipercayai. Nanti boleh rosak akidah. Namun harus diingat, yang menulis artikel tersebut hanyalah manusia biasa.


Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Shaykh Muhammed Salih Al-Munajjid, (anda boleh membaca sepenuhnya di sini), khabar mengenai Neil Armstrong memeluk Islam setelah mendengar laungan Azan di bulan telah beredar dikalangan umat Islam, namun tidak terdapat sebarang sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Jika Neil Armstrong memeluk Islam, sudah tentulah beliau akan berdakwa kepada orang ramai untuk memeluk islam seperti yang dilakukan oleh Yusuf Islam.

Perkara ini juga seharusnya berlaku kepada individu-individu terkenal yang didakwa memeluk Islam jika ianya benar. Namun, sehingga sekarang tiada bukti. Jangan cakap pula mereka diugut oleh FBI dan agen-agen Freemason untuk menyembunyikan kebenaran.

Neil Armstrong sendiri telah menyangkal dakwaan tersebut dalam buku biografi rasminya First Man: The Life of Neil A. Armstrong yang diterbitkan pada tahun 2005 dan melalui rekod dan rakaman bunyi yang dikeluarkan oleh pihak NASA, tiada sebarang bunyi pelik dalam bahasa asing yang mereka dengar.

Itupun kalau pendaratan di bulan benar-benar berlaku, kerana masih menjadi pendebatan adakah Appolo 11 benar-benar mendarat di bulan. Ianya masih diragukan.

Carilah di internet atau di mana-mana, adakah anda menjumpai bukti kukuh mengenai cerita Neil Armstrong ini? (Jika ada harap sudi kongsikan). Bukti dipadam selepas 21 hari ia diterbitkan? Lagi dakwaan tanpa bukti.

Kadang kala kita sering disuap dengan propaganda yang entah dari mana sumber jelasnya kononnya individu terkenal A masuk Islam, Individu terkenal B masuk Islam. Tapi tiada bukti kukuh. Hanya sebagai penyedap artikel, telinga dan hati? Tapi dari sudut pandangan lain, kita seolah-olah membenarkan perkara yang belum pasti (lebih senang cakap syok sendiri) dan jika perkara tersebut memang tidak benar, bukankah ianya fitnah?

Kesimpulannya, kalau benar seseorang individu tersebut memeluk Islam, ia adalah satu kebaikan untuknya. Kita tidak perlu mendengar laungan azan di bulan untuk membuktikan agama kita benar, kita tidak perlu buktikan piring astro menghadap kiblat disebabkan Mekah Al-Mukaramah terletak di sana. (Mungkin piring astro menghadap dimana arahnya satellite?). Jika sesuatu perkara mempunyai kajian sanitifik dan bukti kukuh, silakan cetak berapa banyak artikel, tiada salahnya.

Mahu kuatkan iman, bacalah dan fahamilah Al-Quran. Mahu orang lain memeluk Islam, berdakwahlah dengan cara baik. Ada iman, gengamlah sekuat kuat gigi geraham.

Rujukan:
http://islamqa.com/en/ref/20880

No comments: