Wednesday, 2 November 2011

Oh Nala,Oh Nala,Mengapa Kau Senator,Macam Mana Aku Tak Senator,Gomen Panggil Aku,Gomen Panggil Aku!

Oh bangau kaki panjang
Oh bangau leher jinjang
Oh bengong tahap piang
Oh bangang tahap gampang.

Hanya itu pantun yang layak untuk orang yang mencadangkan dan melepaskan nama Nalakarupan sebagai senator.Perlantikan ini adalah suatu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang inginkan kerajaan yang bersih.Tidak cukup beruk sarkas yang bekeliaran dalam dewan rakyat di tambah pula dengan bapak ayam dalam dewan negara.

Dewan negara adalah suatu tempat yang mulia di dalam sesebuah negara khususnya negara Malaysia yang tercinta ini.Di sinilah tempatnya rang undang-undang digubal untuk menghasilkan anakmen dan undang-undang negara.Bukan calang-calang tempat.Sini bukan lorong Hj Taib(penghinaan kepada golongan haji),bukan Jalan Hamzah Kota Bharu,bukan lorong pasar besar kuantan,bukan,bukan,bukan!!!

Imej kerajaan Malaysia telah tercemar.Bapa ayam jadi sebahagian penggubal undang-undang.Apakah sudah tidak ada lagi kaum India di Malaysia ini sehingga terpaksa melantik orang macam ini.Tidak layakkah Ananda Krishnan?Datuk Rajagobal?Datuk Nicol Ann David?Itu hanya sedikit nama daripada beribu-ribu nama yang layak.Kemanakah perginya  penghayatan kesopanan dan kesusilaan yang sering dilaung-laungkan selama ini.

Cis!!!! Angkuh sungguh pihak pemerintah.Isi hati dan perasaan rakyat di ketepikan.Langsung tidak peka pada sosio-budaya masyarakat.Agaknya berada pada tahap selesa yang tidak mungkin tergugat.Mungkinlah parti mereka parti keramat.yang tidak akan goyah digoncang-goncang dicincang lumat.

Semakin hari semakin menjadi-jadi rakyat diperbudak-budakkan oleh binatang politik nie.Mungkin kah rakyat sudah semakin bodoh.Atau sudah jadi biul.Tapi jangan lupa sibodoh dan si biul inilah yang akan mengajar mereka berjalan perlahan-lahan meninggalkan PUTRA JAYA.Si bodoh dan si biul inilah yang akan mengesahkan mereka menjadi pembangkang dan penganggur terhormat.

Bagaimana perasaan mak bapak bila kat sekolah  guru besarnya kerja sambilan jadi bapak ayam.Bagaimanakah perasaan orang kampung kalau tok empat yang dilantik kerjanya jadi bapak ayam.Bagaimanakah perasaan rakyat tempatan kalau ahli majlis daerah nya bapak ayam.Bagaimanakah perasaan nya orang yang tidak berperasaan boleh melantik manusia jenis ini.

Ingatkan hanya majlis daerah saja yang melantik orang yang tak berguna(bukan semua,siapa makan lada pedaslah weh!) menjadi ahli majlis.Rupa-rupanya kerajaan pusat lagi teruk boleh lantik ke bapak ayam.
Jangan lupa atau buat-buat tak faham bahawa ini juga suatu penghinaan kepada DYMM Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung dan Ke Bawah Duli-Duli Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama.

Huhhh!Ketika kita selama ini menentang seorang ketua pembangkang  yang tercalar oleh skandal seks dari menjadi seorang ketua negara tiba-tiba kita ambil pula yang 2 kali 5 dengan nya menjadi penggubal undang-undang.Apa cerita ni? Jangan lah double standard kerajaan oiii!

Lepas ini tak tahu apa benda pulak kejutan yang akan di persembahkan kepada rakyat.Molek dah Najib pulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan.Alih-alih buat pulak kerja bodoh ni.

Nampak gaya nya kepimpinan negara kita akan dipenuhi manusia-manusia yang terkelompok dalam kalangan benda-benda ajaib dunia selain piramid dan candi borobodour.Maka sejarah kejatuhan Kerajaan Abassiyyah
akan berulang DEK KERANA ARAK DAN SEKS.

 HUBAYA-HUBAYA OH BANGAU,OH BANGAU,OH NALA OH NALA.

"Ke manakah akan ku pergi setelah tidak ku temui ketenangan abadi.Caca marba menjadi-jadi,aku tersesat mencari diri sendiri"
                                        

2 comments:

Jeepers Creepers said...

siapa yang punya idea nak ambil si Nala ni..mungkin ada unsur politik wang disini..SPRM sila masuk siasat.

Kutukandewata said...

Salam YB Raz,terima kasih kerana sudi juga baca blog marhaen ini.

agak nya dia ni bakal jadi meriam buluh kerajaan.Bunyi aje kuat tapi hasilnya tak ada.

Suatu penghinaan terhadap Ke Bawah Duli Yang Di Pertuan Agung kerana menghantar nama dia ni untuk perkenan Baginda.