Monday, 28 November 2011

Kerajaan DS Najib Kerajaan Pilihan Allah!!


Baca tajuk di atas aku dah dapat bayangkan wajah yang mencebek bibir.Ini wajah ahli PAS.Wajah tersenyum simpul.Ini wajah penyokong dan pengampu Najib.Wajah yang tersenyum Kambing.Ini wajah orang yang kurang yakin dengan pernyataan di atas.Wajah selamba.Ini wajah orang tak tahu apa-apa atau tak suka membaca. Macam wajah ada.

Aku berani bertanggungjawab dengan kenyataan yang aku tulis di atas.Sebab apa?Sebab aku amat yakin ianya betul dan tersangat betul.Kalau ada yang kata aku bohong dan sesat bermakna orang itu telah tergelincir akidahnya.Sebab apa tergelincir akidah?Sebab itu adalah janji Allah.Orang yang menentang janji Allah adalah tergolong dalam kalangan tergelincir akidah.

Bukankah Allah telah berjanji  bahawa Dia akan naikkan sesebuah kerajaan yang dia suka.Dia juga akan tumbangkan kerajaan yang Dia tidak suka.Itu adalah di bawah kekuasaan Dia.Siapa berani sanggah kenyataan ini?Sanggahlah.Sudah tentu orang itu tergelincir akidahnya kerana tidak percaya pada janji Allah.

Nabi pula melarang orang menentang sebuah kerajaan pilihan Allah.Apa lagi membuat onar, menghasut, dan membuat huru hara anjur perhimpunan jalanan untuk menggugat kestabilan dan keselamatan.Orang-orang yang melakukan perkara-perkara ini sudah tentu terkeluar dari jemaah islam.

No comments: