Matinya semut kerana gula,
Orang ditunggu tak kunjung tiba,
Mulut di suap punggung disula,
Orang lain meraih laba.
KD hadir ke konvensyen media sosial 1 Malaysia di PWTC pada ahad lalu.KD seronok melihat anak-anak muda berduyun menghadirinya.Almaklumlah KD ni dah tua,jadi terhibur juga melihat gelagat anak muda.Seperti mana seronoknya Hang Tuah melihat Tun Mamat mendaki gunung Tahan sedangkan dia dah tua untuk melaksanakan misi sultan,begitulah seronoknya KD melihat anak muda melaksanakan misi kerajaan.Misi yang agak susah untuk dilaksanakan dalam keadaan yang agak parah.
Walaupun parah,walaupun berdarah,keringat tetap diperah,tenaga tetap dikerah,demi kelangsungan dan kesenimbungan sejarah.Maka bertitik mula di sini KD sudah menjadi tentera Cyber kerajaan?.Gah namanya Kan?
Tentera cyber perlu turun padang.pertahan kerajaan.Bawa senjata.Bukan parang,bukan lembing,bukan senapang,bukan rifle M16,bukan rifle Styer,bukan,bukan,bukan,bukan,bukannnnnnnnnnn!Bawa senjata i-pad,galaxi tab,laptop,blackberry dan apa binatang lagilah.Satu seruan keramat,satu sambutan maut.Nokhtah.
KD berbekalkan komputer buruk tak peduli itu semua.Kalau tentera lain bawak rifle,KD bawa senapang isytinggar buatan Turki abad 15.Kalau kena tembak mati juga orang.Biarlah duit buat beli rifle di balun panglima-panglima yang membalun duit raja.Mati raja panglima pun kena pancung.
Tak ada peluru KD baling batu macam pejuang palestin.Walaupun KD rasa sia-sia perjuangan KD membela orang yang acuh tak acuh akan nasib sendiri,KD atas rasa tanggung jawab terhadap parti KD teruskan juga.
Kadang-kadang terasa juga bodohnya buat kerja ni,tiap-tiap bulan habis duit bayar broadband,dapat letih dan maki hamun orang semata-mata nak mempertahankan parti keramat ini.
Bodoh memang bodoh.Macam bodohnya doktor merawat pesakit kronik sedangkan pesakit yang nak mampus tu langsung tak jaga kesihatan sendiri.Kita letih-letih mempertahankan mereka,mereka tak pandang pun sebelah mata.Setakat pujian dan ampuan tak main lah saudara!Kita keluarkan duit sendiri beli papan tampal dinding kapal yang bocor,kita beli getah gala tampal perut kapal yang bocor takut karam.Tapi juragan kapal buat muka seposen sekadar senyum dan pujian.Secawan kopi pun kasi.Sekurang-kurangnya hilang haus bertukang.
Sehari aku jadi tentera cyber kerajaan.Diiktiraf dan dimasyhurkan oleh panglima perang.Hari-hari aku jadi lembu fidlot.Dipergunakan orang untuk ampu bapak menteri.Untuk sapu bajet masyuuuuuk poket sendiri.
Aku pun ada cerita sedih.Kisah sedih tentera cyber(kononnya,nak ampu dan nak melembulah tu gamoknya?)
Aku bukak beg yang diberikan oleh urus setia.Aku belek-belek,tak ada buku tentang kisah dato Najib.Aku nak mintak dengan urusetia orang masih sibuk mengagihkan beg-beg yang ada.Aku tunggu.Walaupun itu buku propa sekurang-kurangnya ia boleh jadi rujukan untuk sejarah dato Najib.Lama juga aku tunggu.
Apabila dah lengang aku pun menghampiri Kaunter Urussetia yang terdiri dari gadis comel dan mungil.Layanan yang aku terima amat memuaskan.Gadis itu berusaha membelek-belek beg-beg yang ada untuk mencari buku tersebut.Akhirnya dapat juga.Terima kasih gadisku!..
Tiba datang dato Sharkar exco pahang kalau tak silap akulah.Aku pun tegur dia.Maklumlah satu negeri,dia tak menoleh pun.Aku tegur lagi dengan suara yang kuat sedikit.Dia menoleh.Aku hulur salam.Dia sambut.Tapi salamnya salam monyet.Tangan pegang dahan muka pandang buah.Aku tahulah aku tak hensem,tapi manisnya ada.Pantang nenek moyang aku salam muka pandang ke lain.Orang mentakab panggil dia dato landak.
Bila aku fikir-fikir betul juga cakap orang mentakab tu.Sebab landak bila jumpa orang dia akan pusing badan beri belakang dia yang penuh berduri.Huhhh! Memang sah dia ni landak.Bukan landak belaan tapi landak halal seratus persen.Lain kali kalau aku jumpa dia kat mana-mana majlis tak sudi aku nak bersalam dengan dia buat berdosa aje.
Kesedihan aku terubat bila jumpa dato Adun Kuala Sentul kat Pan Pasifik.Mende nama dia ni ye?Dato Shahaniza,bukan setakat bersalam,dari jauh dia datang hulur salam.Kemas salamnya.Ikhlaslah namanya tu.Pandang dengan senyuman.Siap berborak-borak lagi.Friendly betul dia ni.Badan pun dah slim sikit,kuat kayuh basikal katanya.
Aku gi kat pan pasifik bukan ada apa-apa.Dengar kata dato landak nak jumpa.Adalah ramai rakan pergi situ.Lama juga tunggu beliau ni.Hari dah petang.Aku nak balik juga jumpa anak bini.Kalau aku orang tak punya ni padanlah tunggu lama-lama.Ini menteri Dato Noh Omar ke hulu ke hilir tunggu dia.Lepas ke hulu ke hilir turun bawah naik lif.Lama kemudian naik pulak Noh Omar ni.Sempat juga lah borak-borak dengan menteri tubuh kecik ni.Menteri pun tunggu lama wooooiiiii!
Bila aku fikir secara waras maka aku ambil keputusan tak perlulah aku jadi tentera Cyber kepada segelintir
manusia yang tak menghargai usaha kita untuk menyelamatkan mereka.Biarlah aku jadi tentera selendang merah parang terbang daripada menjadi lembu fidlot manusia durjana.
Kerana apa?KERANA AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA.YANG BURUK AKU TEGUIR YANG BAIK AKU SANJUNG.SELAMAT TINGGAL TENTERA CYBER LEMBU FITLOT.BIAR AKU JADI DIRI SENDIRI.!!!!!!!!!!!
7 comments:
aku org temerloh.Sebenornya dialah memunohkan UMNO Bahagian Temerloh.Harap Maklum.
Kalau kita suka memerhati dan menkaji tabiat manusi kita akan dapat bermacam macam ragam,sebab itulah dikatakan dan diumpama jenis haiwan yang pandai bercakap oleh sesetangah ilmuan Islam.Dalam
kolompok haiwan tiada manusia,tapi dalam masyarakat manusia ada iblis dan haiwan.... jangan terkejut ya jika anda baca quran anda jumpa ayat yang bermaksud lebihkurang begini[sejahat jahat binatan disisi Allah ialah binatan berkaki empat,mereka ini kupur dan tidak berimam]yang dimaksud binatang disitu ialah anak Adam.
Jangan gundah gulana jika anda orang perjungan.Biarkan luncai terjun dengan labunya,kita tidak perlu lunci biarkan,,biarkan dia akan tengelam sendiri,cuba selamatkan yang setia dalam bahtera perjungan.Jangan patah semangat ok... awak akan banyak lagi jumapa perkara2 sangat menyakitkan hati...sabar ya..
Kebenaran dan kesabaran akan membawa kejayaan ,dengan syarat gunakan matapina awak dengan bijak ya... tanda2 sudah ada kita akan berjaya,,,,
ORANG TUA TK.
Assalam sahabat KD.
APA panjangkan artikel ini disinihttp://aku-tak-peduli.blogspot.com/2011/11/rintihan-hati-seorang-tentera-siber-tua.html#more
beg dah sapu, makan dah di suap di pwtc, pergi dah pasti free, apa lagi merunggut?, tak cukupkah lagi, dah tau kerja tak bergaji?. kd kd!!!
Salam saudara APA,
gembira sungguh saya kerana blogger tersohor sudi singgah di blog marhaen ini.Ribuan terima kasih!!!
salam kesian demaq,
terima kasih menasihati saya.betul juga cakap tuan tu.buat apa merungut?
terima kasih,terima kasih!
terbaiklah bro.
terbaiklah bro.
Post a Comment