Dulu-dulu aku begitu menyampah melihat wajahnya yang terpampang di kaca tv.Orang lain pun menyampah juga kat dia ni.Beliau menjadi bahan ejekan dan senda gurauan oleh mereka yang menyampah dan jemu dengan segala tindakannya.
Beliau kelihatan amat berhati-hati dan takut untuk bertindak atau mencegah segala perbuatan dan onar oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Ketakutan terlampau beliau ini amat tidak difahami dan tidak disenangi oleh sebahagian besar warga Malaysia yang cintakan keamanan.
Pecinta keamanan bertempik-tempik macam ahli gusti mendesak beliau bertindak terhadap puaka-puaka yang suka mencetus ketegangan kaum dan menghuruharakan negara yang hampir menyebabkab negara terjun ke kancah ketidakstabilan.Namun tempikan itu menjadi sia-sia seperti tempikan sang pelacur yang memaki hamun pelanggannya yang lari tidak membayar wang setelah puas meratah tubuhnya.
Setelah kehabisan kata-kata dari otak yang waras maka mulut mulalah mengambil alih fungsi otak.Maka kedengaran kata-kata kutukan terhadap beliau.Kemuncak kehabisan kata-kata lahirlah label "Menteri Amaran".Heboh serata alam Malaysia menjaja lebel tersebut.Sebut aje nama Hishamuddin maka orang ramai menggeleng-gelengkan kepala sambil menjebek.Keluarlah susunan kata-kata,"Tak sempat anak Hussein Onn ni jadi perdana menteri seperti sepupunya".
Hishamuddin menjadi liabeliti(Tak betul rasanya ejaan aku ni,gamoknya lah)kepada kerajaan seperti mana Khairi Jamaluddin,Ketua Pemuda.Orang kata Khairi ni Beruk Google.Tapi pada aku Khairi ni budak cerdik "Hang Nadim Singapura" yang dicampak ke laut Singapura kerana terlalu cerdiknya dia.Biarlah orang hina kau sebegitu rupa hingga tersenggut maruah kamu.Sabar ajelah.Percayalah dik,kesabaran adalah kemenangan.Itu janji Allah.
Hishamuddin ada keistimewaannya.Apa istimewanya dia ni?Istimewanya dia ni ialah dia memiliki sepasang telinga besi.Tapi dia tidak tuli.Telinga besi dia ni menapis maklumat.Saraf telinganya bersambung terus ke saraf ketenangan.Di mana letaknya saraf ketenangan ini?Menurut saintis yang berpuluh tahun mencari saraf ini dia menemuinya ketika asyik melihat seorang muslim sedang khusyuk bersembahyang.
Dia melihat wajah muslim tersebut begitu bersih seolah-olah tiada masalah langsung.Kehairananlah saintis ini.
Maka dia bergegas balik ke rumah memikirkan apa kaitannya sembahyang seorang muslim dengan ketenangan jiwa.Dia menjalankan eksperimen demi eksperimen.Akhirnya dia ketemu jawapannya.
JAWAPANNYA APA? SARAF KETENANGAN MENJADI BEGITU AKTIF KETIKA MANUSIA SUJUD MENYEMBAH ALLAH. TUNDUKAN KEPALA DAHI MENYENTUH BUMI MENYEBABKAN DARAH BERKUMPUL BERTUMPU KE BAHAGIAN BELAKANG KEPALA DAN MERANGSANG SARAF KETENANGAN MENJADI AKTIF. MAKA KETENANGAN DATANG BERKUNJUNG KE RUMAH JIWA.
Maka oleh yang demikian Hishamuddin sentiasa tenang dan senyum memanjang walaupun dihimpit api kemenyampahan orang.Telinga besinya banyak membantu.
Hari ahad lalu aku jumpa dia di PWTC.Bersalam dengannya.Menyampah dan benci aku yang dahulu hilang lenyap serta merta.Senyumannya yang aku menyampah dulu bertukar menjadi senyuman simanis 18.Hishamuddin,Hishamuddin!!!.
Mengapa aku jadi begini?Sebabnya Hishamuddin sekarang sudah jadi jantan macho yang gagah tegang.Tidak lembik tewas di atas ranjang durjana.Pancutannya sekarang sudah selaju pecutan formula one.320km/j.Syabas lho!!
Penggunaan ISA ke atas 13 petualang negara termasuk 6 orang warga asing adalah sesuatu yang amat didambakan oleh pecinta keamanan.
Biarkan SUHAKAM terpekik terlolong.Biarkan dia orang yang hanya beberapa puntung itu berlagak jadi juara.Keselamatan negara bukan barang yang boleh dijual beli.Bukan barang mainan yang boleh diinjaki.
Apakah suhakam boleh menjamin keselamatan negara dengan hanya bertempik menghamburkan kata-kata berserta pecikan air liur sahaja.
HISHAMUDDIN! Pedulikan kata-kata pembangkang,ketepikan kata-kata suhakam.Keselamatan negara lebih penting daripada menjaga lubang buntut dia orang.Biar kita kalah piliharaya daripada melihat negara huru hara.28 juta rakyat Malaysia membutuhkan suasana aman damai seperti yang wujud pada hari ini.
Kepada SUHAKAM hentikan lah tindakan kamu yang hanya mahu meraih populariti.Tak kemananya kamu.Apa sumbangan kamu kepada negara yang boleh dibanggakan sejak kamu ditubuhkan?Aku tak nampak pun.Kehadiran kamu bagai melukut di tepi gantang.Ada tak menambah tiada tak mengurang.
Kepada pihak kerajaan,Keselamatan negara adalah kewajipan nombor satu yang perlu dipertahankan.Kalau ianya memerlukan korban maka korbankan saja.Negara yang tidak selamat tidak menjanjikan kesempurnaan hidup.
KESELAMATAN KEPENTINGAN NEGARA NOMBOR WAHID.
2 comments:
Senyum adalah sedekah,
senyum tak kena apa2
senyum tanda jiwa tenang,
senyum boleh uda dan dara kemahligai bahgia,
senyum dalam tangaisan diri sendiri
yang menderita.
Adat pendikar tidak akan bersilat dengan katacerca,
adat pendikar tidak akan membuka rashia,
adat pendikar tidak membuka langkah selagi tidak nyata.
Pukulan pendiker tepat dan musuh
merana.
Kerismudin nama diberi oleh blogr.....menteri amaram,,,,,dan entah apa2 lagi gelaran yang diberi,,, .Dia senyum saja tampa ambil hati dan peduli,,,,.Biarkanlah ,mereka tak tahu,,,tak tahu,,tak tahu,,,terlalu banyak perkara yang menakutkan yang boleh Negara dan Melayu hancurrrrrrrrr.
AKU SENYUM SAJA...TK
Salam anon di atas,
kenyataan saudara sungguh tepat.senyuman makrifat melupuskan senyuman maksiat.
Post a Comment