Wednesday, 16 November 2011

Isu 9 Jam Kecualikan Murid.

Terang subuh jong berlabuh,
Gerak panji melentuk menari,,
Empangan kukuh cuba diroboh,
Kelak banjir seluruh negeri.

Tenang-tenang air di kali,
Menggegar merak mengirai bulu,
Senang-senang guru dibuli,
Sabar terlerai syaitan mendahulu.

Perlaksanaan waktu kerja guru kepada 9 jam seharusnya tidak membabitkan murid.Murid bukan kaki tangan awam yang terikat dengan GO.Jangan kita rampas masa mereka.

Pakar yang terpakar dalam mencadangkan isu ini perlu mengambil kira beberapa faktor bersangkutan keperluan murid.

Mereka boleh rampas masa guru yang telah diperuntukkan untuk mereka sejak dulu-dulu lagi.Apa masalahnya dengan sistem yang yang ada.Sistem ini tiada cacat celanya.Murid semakin ramai yang cerdik.
Kadang-kala tidak terjangka pencapaian mereka.

Atau ada udang disebalik batu.Atau dendam yang membara tidak dapat menceroboh perjawatan yang banyak dalam bidang pendidikan.Maka  guru perlu dipaksa menerima sistem mereka.Sudah banyak yang kita lihat pegawai-pegawai handalan menteri pendidikan membuat eksperimen yang pasti menemui kegagalan.

Lihat sekolah wawasan,kemudian lihat pelaksanaan bahasa inggeris dalam sains dan matematik.Habis bercelaru.Terpaksa pula memertabat bahasa melayu yang telah mereka pinggirkan.Puluhan juta wang menjadi cair membeli lap top,segala macam peralatan canggih,dan elaun guru.Belum masuk lagi perbelanjaan kursus untuk guru.

Setelah menghina bahasa melayu barulah sekarang sedar dan mahu memertabatkan bahasa melayu.Guru-guru bahasa melayu dipandang sepi.tida laptop untuk cikgu BM.Apa cikgu BM ni tak reti cari bahan pengajaran dalam internet?Nasib baiklah guru-guru BM menyedari kepentingan ict dan beli sendiri laptop.Nasib BM semakin hampir menjadi seperti tulisan jawi.Nasib baik BM guna tulisan rumi,kalau guna tulisan jawi dah lama hancur.

Melihat sejarah lalu tentang kebijaksanaan pegawai-pegawai yang cerdik ini KD tak yakin 9 jam waktu kerja ini akan mendatangkan impak yang maksimum.Sejarah mungkin berulang akibat buat kerja macam orang tak bersunat.

KD mengharapkan pelaksanaan 9 jam waktu kerja ini tidak membebankan murid.Guru-guru boleh menerima dan melaksanakannya.Sistem sekarang ni pun murid dah terbeban dengan kelas tambahan yang terpaksa dihadiri,ko kurikulum,sukan Mss daerah,negeri,dan malaysia juga.

Faktor-faktor lain:

1.Keupayaan sistem otak menampung maklumat yang masuk adalah terhad bagi kanak-kanak.
2.Keperluan masa yang lebih untuk kerehatan otak dan fizikal murid.
3.Keperluan pengajian alquran pada waktu petang baik oleh guru agama sekolah agama rakyat atau oleh pandai alquran dikampung-kampung.
4.Keperluan masa bersama keluarga.jangan rampas lebihan masa yang mereka ada.
5.Keprluan membantu ibu bapa bagi yang hidup susah.Contoh,anak orang asli perlu bantu bapa cari hasil hutan,anak cina perlu bantu bapa niaga kecil-kecilan sambil belajar niaga secara praktikal,anak-anak nelayan perlu bantu ibu siang ikan untuk dijadikan ikan masin,anak pekerja kilang perlu jaga adik ketika kerja syif petang dan malam.Itu hanya sekadar beberapa contoh dari banyak-banyak contoh.
6.Waktu selama 6 jam pun ramai yang ponteng apa tah lagi kalau 9 jam.
7.Memberi masa yang banyak kepada murid-murid samseng melakukan aktiviti rutinnya.Peras ugut,buli,dan vandalisme.Otak letih tambah pulak tak ada pitih nak makan tengahari.Jadi bolehlah ten budok kecik.
8.Belanja keluarga makin bertambah.Seorang tak apa lagi.Kalau empat lima orang atau lebih sudah tentu siksa.Makanan pulak semakin mahal.Kalau bawak bekal ringan sikit,tapi tak ramai ibu-ibu bapak-bapak
 yang sedia bangun pagi menyediakan bekal dan sarapan pagi.Yang ramainya beli sarapan dan beli bekalan untuk anak-anak.Bertambahlah kos persekolahan anak-anak.

Itu faktor depan mata.Belum lagi faktor belakang mata.Tak payah KD perincikan nanti kata KD politikkan isu pulak.Cukuplah hak yang di atas tu.

Kalau berkeras juga nak melibatkan murid maka ibu bapa terpaksa lah menanggung risiko luar jangka.Ketika itu tahulah nasib anak-anak kita.Seperti mana nasib yang menimpa eksperimen-eksperimen yang telah lalu.

Persediaan prasarana di sekolah perlu ditingkatkan.Bilik tandas perlu ditambah dan bilik mandi perlu diperbanyakkan untuk kegunaan murid mandi membersihkan diri dan penjagaan kesihatan tubuh.Almari atau locker perlu disediakan untuk kemudahan murid menyimpan pakaian dan peralatan mandian.

KELAS SEBELAH PETANG PERLU SEDIKIT  KE ARAH MPV SEPERTI PENDAWAIAN DOMESTIK,PERBENGKELAN AUTOMOTIF DAN LAIN-LAIN KEMAHIRAN.INI DAPAT MENGHILANGKAN KEBOSANAN DAN TEKANAN DI SAMPING DAPAT MENYEDIAKAN SEDIKIT ASAS UNTUK PEKERJA MAHIR.

KD rasa ini semua ada dalam kepala mereka yang mencadangkan perkara ini.Kalau ada alhamdulillah!

Semoga isu ini berakhir dalam situasi menang-menang.Kalau tidak hasilnya akan menjadi seperti maksud pantun di atas.!!!!!!!!

No comments: