Saturday 12 November 2011

Umno Perlu Berubah.Benda Apa Yang Dah Berubah?

Jangan bersedih yatim piatu,
Tiada berayah tiada beribu
Bersedihlah diri tiada berilmu,
Ke mana arah hendak dituju.

Najib cakap umno perlu berubah,Muhyiddin cakap umno perlu berubah.Menteri-menteri burung tiung ikut tuannya pun cakap umno perlu berubah.Pak turut di bahagian dan cawangan umno juga sibuk cakap umno perlu berubah.Apa benda yang berubah?Ntah.Ntah apa-apa!!

Setakat ini tak nampak apa-apa perubahan yang dilakukan.Yang nampak berubahnya hanyalah PM.Usaha dan kerja kerasnya tahap titiwangsa untuk memenangi hati rakyat.Nampaknya najib seorang ajelah yang berubah.Nak harapkan menteri-menteri lain tak nampak pun.Hishamuddin?Ntah lah asyik takut aje.Nazri?Ntahlah asyik jaga cina gampang namewee ajelah yang dia boleh selain buat statement kontroversi.

Lagi menteri lain ada ke yang usaha bagi umno berubah?Tak nampak pun.Atau mungkin mereka ni tak tahu benda apa yang hendak diubah.Nak bermula di mana?Siapa yang perlu memulakannya?Engkau ke aku?Atau dia?Mungkinkah mereka?Barangkali diaorang?UMNO DISELUBUNGI PELBAGAI PERSOALAN.

Namun jawapannya masih belum ketemu.Apa bendalah yang nak diubah.Bagaimana nak mengubah.Bila nak ubah.Siapa yang perlu ke depan dulu untuk mengubah.Mengapa perlu berubah.Segala macam kata tanya terkeluar dari mulut ahli umno se Malaysia.Tidak ketinggalan juga tanda ?.Nokhtah.

Selagi jawapan tidak di ketemui maka kerja mengubah itu tidak akan berjalan dan umno terus berada pada takuk lama.

APA BENDA YANG PERLU DI UBAH

Kalau setakat mengubah sistem pemilihan pucuk pimpinan dari seramai 2000 lebih perwakilan kepada perwakilan diseluruh bahagian di Malaysia semata-mata  mahu membendung  politik wang itu masih belum cukup untuk memperkuatkan umno.Kerana penyakitnya bukan itu.

PENYAKIT UMNO YANG KRONIK SEBENARNYA ADALAH KEMUSNAHAN IMEJ.

Tak percaya tanyalah orang ramai tentang Umno.jawapan yang pasti adalah,"Pemimpin umno kaki makan harta rakyat,kenyangkan perut sendiri".

Tak percaya tanyalah tanyalah ahli umno sendiri.Jawapan yang pasti adalah,"Pemimpin umno membuncitkan diri sendiri mengketedarah segala projek berserta kroni-kroninya sekali,kami tidak pun dipeduli".

Tak percaya tanyalah ahli parti pembangkang.Jawapan yang tersangat pasti adalah,"celako lah binatang babi anjung ni".Biasalah,PEMBANGKANG.

TETAPI APA YANG PALING PASTI ADALAH SEMUA JAWAPAN ITU TEPAT SEKALI.UMNO SENDIRI YANG MEMUSNAHKAN IMEJ DIRI.LU SELESAILAH SENDIRI.

Cuba kita bayangkan.Kalaulah ahli parlimen yang kita semua tahu sentiasa sibuk dengan tugasnya dapat meluangkan masanya pada sebelah malam ketika tiada persidangan di parlimen,pergi ke seluruh surau di kawasannya secara bergilir-gilir hari secara tidak rasmi berjemaah dengan rakyat,alangkah baiknya untuk pembinaan imej.

Dicantikkan lagi dengan mengajak sekali orang disekelilingnya pergi bersama-sama berjemaah bersama rakyat di surau-surau.Kalau ahli Parlimen itu berkelulusan al azhar boleh juga dia buat tazkirah dan menjawab kemusykilan agama ahli jemaah  surau tersebut.Kalau tak berkelulusan agama sekurang-kurangnya boleh ajak sekali maulana maahad tahfiz atau pun ustaz sekkolah pun boleh.

Bayangkan betapa bangga dan sejuk mata dan hati rakyat melihat ahli parlimen mereka mesra masjid dan surau.Juak-juak ahli parlimen yang sering mengekori boss mereka mungkin pada awalnya agak rimas mengikut boss pergi sembahyang.Tapi lama- kelamaan akan timbul juga rasa kesedapan berjemaah dan dapat juga sedikit sebanyak mengubah perangai musibat yang ada pada mereka.Kerana berkawan dengan saudagar minyak wangi pasti dapat juga bau wanginya.

Ini lebih baik daripada mengajak juak-juaknya melancong ke Medan mencari lubang berbulu lebat yang nikmatnya hanya seketika.Yang kuat dapatlah nikmat selama 15 minit.Yang lemah?5 saat aje wehhhhh!
Berbanding nikmat akhirat yang kekal abadi.

Letih dah jari KD ni.Mungkin lemah,hanya bertahan sejam dua.Esok sambung lagi.


                               TO BE CONTINUED!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

13 comments:

Anonymous said...

Salam tuan.,Dah memang banyak jugak dah berubahnya oleh pemimpin UMNO ni.Kalau dulu dema miskin sekarang dah jutawan dan.Berubahlah jugak tu.Cuma rakyat aje yg depa tak cuba nak ubah nasib.Masih mcm sebelom merdeka lagi.Masih ke rakyat nak undi UMNO?.Sekaranglah masanya rakyat pulak mintak pemimpin UMNO bekerja keras untuk memenangkan UMNO huhu. kalau dulu makan sorang sorang sekarang buatlah kerja sorang sorang pulak.tak gitu?

Kutukandewata said...

salam anon di atas,
betul sangat cakap awok tu.berani buat berani tanggung.sebab kita ni tak berharga langsung pada dia orang ni.gamoknya lah.

Arif Omar said...

YANG LAIN TU, MAKAN KEDARAH DAN MEMBUTA AJE. APALAGI KALAU DILIHAT MCA, GERAKAN. MEMBUTA 24 JAM.

Kutukandewata said...

terima kasih tuan arif omar,blogger tersohor kerana sudi juga berkunjung ke blog picisan ini.

nordin yit said...

Ahli parlimen jerantut kena ajak orang kanan kiri beliau p ke surau atau mesjid, sembahyang berjemaah setiap hujung minggu, jika ada masa terluang, ajak lah Dato Dolah kicap, Dato haji Rusdi teman kan, dah lah perkara lain tak boleh di harapkan, takkan mesjid pun dolah kicap dengan hj rusdi tak leh bawa.

punyalah banggang nya ku lan, orang macam dolah kicap mau pun hj rusdi dia rokmen title dato?, dato pahang ne dah macam sampah kat tepi jalan jer dah, dah tak ada nilai?

Anonymous said...

Pada saya pandangan penulis betul dan tepat ,terutama UMNO Jerantut yg
sangat huduh dan cacamerba dalam banyak perkara.Sesiapa saja jadi ketua tidak akan dapat menyelesaikanya.Kita cuba melihat kebelakang dan kita akan dapat jawapan.

UMNO Jerantu rosak teruk mulai pertengahan tahun 80 han,sebab tokoh2 bahagian telah memupuk semangat kelumpuk yang membawa kapada persaingan yang sangat kotor.Moto mereka [oramg kita mesti
dimenangankan] walau dengan apacara sekalipon.Dengen sebab itulah ramai yang baik dan berbakat terkurban dan dikurban oleh mereka.Masuk tahun90 puak2 yang
ada cemp telah mula satu lagi permainan yang paling kotor dengan
menabor duit dan bermalam dibandar besar dengan tujuan berhibur kapada
perwakilan.Sakibakinya sekarang masih ada lagi dalam UMNO Bahagian
dan perangai masih tidak berubah bahkan semakin menjadi2

Sebab itulah mengapa Ku Lan layu
dan mati akal malah tidak dapat satupun kaedah yang sesuai untuk
mengubat penyakit yang sedang dibuat oleh puak2 ini.

Kalau saudara KUTUKAN DEWATA inigin mendapat maklumat yang terperinci ,saudar hendaklah berkawan dengan angkatan lama dan cuba
cungkil rahsia2 lama,ingat ya mereka ini bukan senang untuk membuka rahsia,sebab mereka pejuang bukan petewalang dan tidak
dapat dibeli ,mereka akan memberi
pandangan dan kerjasama atas dasar
sayang kapada UMNO dan persahabatan,,,,,


Selamat berjuang...tk

Kutukandewata said...

anon 7.27,
anda memang ikhlas memberi pandangan dan pandangan anda memang tepat dan saya rasa anda masih sayangkan umno sama seperti saya.
kita ada tugas memulihkan kembali imej umno supaya kembali ke landasan asal.kita mesti naikkan orang muda yang ada wawasan dan misi.ayuh kita ubah,sedarkan ahli-ahli ttg pentingnya perubahan.Kuasa di tangan kita ahli-ahli yang marhaen.sertai saya menyapu sampah umno yang sedang berlonggok didepan mata.Bantu saya wahai-wahai sahabat-sahabat saya semua.terima kasih!

Anonymous said...

Salam tuan.Cara terbaik untuk memulihkan UMNO ialah dengan mengalahkan UMNO.Bila dah kalah barulah para pemimpin UMNO akan berubah.Sel;agi mereka menang mereka tidak sekali kali akan berubah

Kutukandewata said...

anon 17.44,boleh jamin tak PR boleh membela nasib kita?takut jadi macam melayu pulau pinang,tertindas.Pas tak boleh kita harapkan untuk mempertahankan kita.sebab dia tunduk sangat kat dap.

Anonymous said...

Saya sangat percaya UMNO/BN akan menang pada PRU 13 , sebab rakayat
tidak yakin dengan pembangkag yang sentiasa beruba metalamat perjuangan,dan yang paling ketara mereka tidak memperjuankan Islam dan hak2 Melayu dan bumiputra,sudah tentu Melayu dan Buniputra tidak akan menyukong melainkan sebahagin keci yang terpadaya atau betul tolol.

Mesyaraka Cina dan India juga terpeksa memikirkan seviaver dan kempentingan perniagaan .Mereka sangat rugi jika politik Tidak selamat.Itulah hasil perbincangan
yang saya dapati senasa berbual dengan mereka.Mereka tidak marah dengan kerjaan tetapi nereka marah dengan pemimpim mereka yang lebeh kurang juga macan perangai setengah2 pemimpim UMNO,malah ada
yang lebeh teruk lagi.....

Apa yang rakyat mahu wakil mereka hendalah yang benar2 berkerja untuk rakyat dan negara.Mereka mahu calun akan datang hendaklah mereka yang benar2 layak.

Kita tentu ingat mengapa PM kata calun yang boleh menang sahaja akan diturunkan pada PRU 13 winable sahaja,itulah sebabnya ramai politican macam cacing kepanasan sahaja.Budak tingka empatpu dah sasar sekarang......sabarlah dan usaha jangan jemu .Insaallah kita akan
berjaya.... Amin Yarabbialamin.

Orang TUa, tk.

Kutukandewata said...

orang tua,
hebat juga awak ni,bolehlah masuk geng kas,mari kita berjihad!!!!

Anonymous said...

Bukan soal PKR boleh ke tak memimpin.Soalnya kalau masih berikan kemenangan kepada UMNO mereka tetap tidak akan berubah,Kena bagi pembangkang menang.Kalau pembangkang pun sama next electiaon bagi semula kepada UMNJO. jangan bagi kepada UMNO sokmo,sampai kiamat pun mereka tak akan berubah

Kutukandewata said...

betul juga cakap awok ye.tapi kita boleh juga hapus pemimpin korup dalam umno dengan cara bersatu hati tidak undi mereka dalam pemilihan nanti.pemilihan akan datang memberi peluang kepada ahli-ahli cawangan memilih pemimpin yang bersih.tak terduit deme tu,ramai sangat yang mengundi.sanggup tak satu hati?