Sunday, 27 November 2011

Shahrizat! Letak Jawatan,Atau Tunggu Di Pecat!

Naik kuda kuda sembawa,
Tanam serai tanam selasih,
Pemimpin unggul pemimpin berwibawa,
Diri bersih nampak bersih.

Aku terbaca posting terbaharu blogger WZWH pagi tadi.Aku sungguh dan amat amat bersetuju dengan pandangannya kerana aku rasa memang Shatrizat telah dan sudah jadi liabiliti kepada Umno.Seandainya Najib masih meletakkannya sebagai calon BN,maka dia bukan sahaja akan kalah,malah Umno sendiri dan BN akan kehilangan banyak kerusi.

Isu lembu fitlot akan menjadi tomahawk pembangkang.Isu ini bukan hanya membebankan kerajaan untuk menangkis dan menepis malah menyusahkan jentera kempen untuk menjawab tohmahan kerana fakta yang terang lagi bersuluh susah untuk ditutup.

Dari segi fakta dan kebenaran memang Shahrizat langsung tidak bersalah.Beliau tidak terlibat langsung dalam hal ini.Projek ini anugerah Muhyiddin Yasin kepada suami Shahrizat.Kita tidak boleh menyalahkan TS Muhyiddin kerana beliau berasakan projek ini perlu dijalankan untuk merealisasikan dasar pertanian negara.
Maka beliau melihat suami Shatrizat berkemampuan melaksanakan hasrat kerajaan.Mana salahnya Shahrizat di sini?Bukan Shahrizat yang meluluskan projek tersebut.Nampak di sini bahawa Kak Shahrizat TERANIAYA!

Namun perlu diingat,POLITIK ITU BUKAN REALITI,POLITIK ITU LEBIH KEPADA ANDAIAN..Maka barang diingat apabila sesuatu perkara itu dilihat dari sudut andaian maka lahirlah pelbagai andaian yang logik maupun andaian tidak munasabah.Jadi kita harus melihat isu pada sudut andaian kerana inilah yang sering dimainkan oleh politikus yang sering mengambil kesempatan.

Dilihat dari sudut realiti jelas sekali Kak Shahrizat orang yang bersih.Tapi bila dilihat dari sudut andaian jelas sekali Kak Shahrizat nampak tidak bersih.

Apa yang sangat jelas di sini ialah apabila kita melihat dari sudut MORAL.Secara jujur aku mengakui dari sudut moral Kak Ijat telah tercalar.Kalau di India apabila keretapi berlanggar melibatkan banyak nyawa yang melayang,menteri pengangkutannya terus meletakkan jawatannya.Pada hal dia langsung tak bersalah!Demi tanggungjawab moral dia mengorbankan jawatannya.Dari segi realiti dia memang tidak bersalah tapi dari moralnya dia rasa bersalah atas kecuaian anak buahnya.

Kak Shahrizat tersepit di antara kepentingan tanggungjawabnya terhadap negara dan kepentingan tanggungjawab moral.Aku bersimpati dengan beliau.Secara jujurnya aku amat menyayangi beliau kerana dia comel dan sangat ramah,friendly,dan prihatin terhadap orang yang susah.TAPI AKU LEBIH MENYAYANGI  PARTI.

Jadi kepada Kak Ijat aku menyeru agar beliau tunjukkan ketinggian peribadi beliau dengan cara meletakkan jawatan.Itu lebih baik dan terpuji.Aku tak mahu beliau dipecat oleh pengundi dan BN sendiri akan terkena tempiasnya.Kak Ijat sayangkan parti jadi lebih baik beliau mengorbankan diri demi partinya.

Undur setapak untuk melangkah sepuluh tapak adalah suatu yang terbaik.Kerajaan BN menang maka peluang untuk naik kembali masih ada walaupun mengambil masa!

P/S :Siapalah aku untuk desak beliau.!!!!!!

No comments: