Semalam entah macam mana aku tersesat ke laman web pembangkang tegar.Blogger ni terkenal juga dan tinggi ratingnya.Tapi bila aku baca isi kandungannya ternyata lah ianya seperti majalah gila-gila atau mangga yang ramai pembacanya tapi isinya menggelikan hati.
Blogger ini menganjurkan undian(poll)tentang UMNO menolak hudud.Sudah tentulah tinggi peratusnya,78%, sebab yang mengundi adalah penyokongnya yang pandir-pandir belaka.Yang dicucuk hidung.Yang kurang upaya untuk berfikir sendiri.
Kalau blogger ini anjurkan undian Darah Orang Umno Halal Ditumpahkan nescaya 100% penyokong pandirnya menyokong.Peratusan undi tersebut tiada kesahannya.Peratusan syok sendiri.
Kalau kita tanyakan penyokong mereka apa itu hudud aku gerenti 78% daripada mereka takkan tahu atau faham apa itu hudud.Jangan ingat mereka ahli parti islam mereka dah sempurna islamnya.Mereka serupa aje dengan orang lain.Mereka juga ada yang kaki judi,kaki nombor,kontraktor kuat kasi rasuah,kaki betina dan lain-lain yang sewaktu dengannya.Usah tipulah aku,aku pun ramai kawan yang jadi ahli pas,masak sangat dengan perangai mereka.
Tak usahlah blogger tersebut tersenyum gembira dengan keputusan peratusan yang tinggi kerana itu hanyalah untuk menyedapkan hati sendiri.
Tak faham hudud jangan menyalak beria-ia sangat.Nanti dapat dosa kering aje.
Untuk pengetahuan umum,Hudud Allah ciptakan bukan untuk dikuatkuasakan penghukumannya.Hukum ini lebih kepada memperingat dan penanda aras keimanan sesorang mukmin.Sebab itu pada zaman nabi tiada pelaksanaan hukuman ini yang disebabkan oleh penguatkuasaan undang-undang.Tiada nabi tubuhkan pegawai penguatkuasaan undang-undang hudud untuk menangkap pesalah hudud.
Yang ada dilaksanakan ialah apabila pesalah hudud sendiri mengaku di hadapan nabi yang agak keberatan untuk menerima pengakuan pesalah tersebut.Berulang-ulang kali pesalah tersebut merayu minta dihukum baru lah dengan berat hati nabi melaksanakannya.
Mengapa pesalah hudud bertindak demikian?Kerana keimanan yang teguh terhadap Allah,kerana membenarkan hukum Allah tentang hudud itu benar semata-mata benar.Kerana itulah nabi menjaminkan syurga untuk pesalah tersebut.Bukan Nik Aziz yang boleh jamin sembarangan tiket untuk ke syurga.Nik Aziz tidak wajar meletakkan dirinya setaraf nabi junjungan kita.
Pelaksanaan hukum hudud hanya dapat dilaksanakan dengan pengakuan pesalah yang sedar akan kesalahannya.Mengapa begini?
Ini adalah kerana Allah telah meletakkan syarat yang agak ketat dan rapi.Jadi jelaslah ianya bukan untuk dikuatkuasakan melalui penguatkuasaan undang oleh pegawai penguatkuasaan yang akan menangkap pesalah.
Cuba lihat Syarat utamanya iaitu Persaksian 4 saksi yang tidak fasik.
Boleh jamin ke si penzina akan berzina tunggu 4 orang saksi yang kamil melihatnya?Mustahil!
Andainya tuntutan nafsu penzina membuak-buak,dia orang tak kan berzina depan orang ramai.Tentu dalam bilik atau di tempat tersorok.Maka lepaslah mereka.
Kalau nasib tak baik mereka akan terserempak oleh orang.Katalah cukup 4 orang saksi,adakah saksi ini yang bolehlah kita kategorikan saksi yang tidak fasik hanya akan membiarkan sahaja?Sudah tentu kena penerajang sebelum keris masuk sarung.Kalau saksi ini tidak terajang sudah tentu dia orang akan terhukum kerana bersubahat.Maka tergolonglah mereka dalam kalangan saksi yang fasik.Silap hari bulan mereka pun tumpang sekaki.Maka sudah barang tentu penghukuman hudud tidak terlaksana.Jadi qisas dan takzir alternatifnya seperti sekarang ini.
Begitu juga perlakuan rogol.Orang tak merogol depan orang ramai.Nak mampus!!
Orang akan merogol di tempat sunyi tiada orang.Bagaimana kita nak hukum perogol ini?Cara sekarang lebih afdal berdasarkan DNA atau atau cap jari di sekitar lokasi.Ini lebih menjamin keadilan.
Jadi jelas sekali Allah Memperuntukkan hukum hudud dengan tujuan memperingatkan tentang azab hukuman tersebut,berkait dengan kesalahan tertentu.Agar keimanan orang mukmin menjadi semakin kukuh dan teguh.Ianya jadi penanda aras keimanan sejati terhadap Allah.
Ianya bukan untuk dijadikan senjata politik oleh orang yang memperdagangkan agama.
"Aroaitallaziyukazzibubiddin".
4 comments:
alhamdulillah ... seorang lagi blogger UMNO dah faham hukum hudud .... harap Kutukan Dewata boleh beri kefahaman pulak kepada blogger umno yang lain dan semua pemimpin umno yang lain .... supaya hudud dapat dilaksanakan di Kelantan tanpa bantahan dari UMNO
Salam anon di atas,
Hukum hudud bukan hukum yang perlu kita takutkan.Pelaksanaan hukum ini amat baik dalam membentuk masyarakat yang syumul.
Kita tak perlu bimbang,hanya yang berniat mahu melakukan kesalahan saja yang takut seperti mana pembangkang yang berniat mahu melakukkan aktiviti subversif takut pada ISA.
Hanya si penakut saja yang takut pada pelepah pisang yang sisangkakan hantu.
Salam sejahtera, blog KutukanDewata telah dilink kan di blog hamba.
Terima Kasih saudara...
Salam KL BOYZ,
Terima kasih atas kesudian tuan itu.
Post a Comment