Kulat telinga lepat berinti,
Sengat keli bisa di jari,
Adat beraja rakyat mendaulati,
Adat berakyat raja menaungi.
Aziz Bari buat hal lagi.Pandai besi bicara tentang cara-cara bikin tenunan songket yang berkualiti.Apa akan terjadi?Orang mendengar akan jadi tuli.Orang melihat akan buta hati.Orang meraba akan tercari-cari.Itulah yang akan terjadi.
Ingat-ingat pesan nabi.Sesuatu perkara berikan kepada yang ahli.Barulah kerja jadi teliti.Semua orang akan berpuas hati.Aziz Bari memang sangat berani.Tulah Sultan berani dilangkahi.Melayu apakah ini?
MAIS,PZS,Apa-apalah nama diberi.Janganlah dikacau lagi.Pandailah mereka buat kerja yang diberi.Aziz Bari usik lagi.Itu urusan mereka sendiri.Sultan yang menaungi..
Sungguh malang sekali.Mahu berhujah fakta salah yang diberi.Baginda Sultan punya hemah yang tinggi.Sebelum bertitah mempersiapkan diri.Semua fakta dibelek diteliti.Sudah sahih senang lah hati.Senanglah hendak tampar Aziz Bari.Belepah-lepah kena di pipi.Aziz Bari Malu sendiri.Lintang-pukang melarikan diri.
Itulah, susah dan malu jangan dicari.Berdepan baginda Sultan yang rakyat kasihi.Tak tahu fakta diamkan diri.
Inilah padah tidak melihat keupayaan diri.Dia seorang saja rasa pandai dan bistari.Orang lain bodoh sekali.
Aziz Bari.Biarlah betul Idola yang disanjungi.Jangan disebabkan itu maruah dan harga dirimu tercalar begitu teruk sekali.Jagalah title yang diberi.Baharulah kamu akan dihormati.
No comments:
Post a Comment