Thursday, 10 November 2011

Masyarakat Hudud vs Masyarakat Hodoh.

Jinak-jinak merpati
Dikepung terbang lari
jinak-jinak kucing
Dicakar kencing hancing.

Sukar sekali untuk kita membaca tindakan manusia yang punya akal.Dapat pulak akal yang berbelit simpul mati.
Disempurnakan lagi dengan hati yang penuh nafsu nafsi.Sukar sekali untuk kita memahami teka teki tingkahlaku
bersalut agenda yang tersembunyi.Si bijak pandai pun pening,apatah lagi kita yang otak kosong bak air tenang yang hening.


Saudara-saudaraku yang seagama dengan ku,

Perlukah kita terlibat sama dalam menentukan sesuatu yang ruang lingkupnya menyentuhi hidup kita.Kita insan jahil,telah di tarbiyahkan agar jangan pandai-pandai nak campur urusan yang kita tak ada kepakaran dan kemahiran.Kita selalu di sarankan agar dengar aje apa cakap ulama.Kemudian mesti patuh.Minda anugerah Allah terbelenggu,terpenjara.Maka jadilah kita pak turut diraja.

Maka bermaharajalelalah puak sereban jubah mencatur menyusun atur kehidupan seharian kita seperti mana bermaharajalelanya golongan paderi pada zaman kegelapan Eropah.Otak geliga sudah tiada harga.

Sekarang dengan kaedah yang sama Hudud dicanang kembali.Ketika seronok berbulan madu dengan kafir harbi dulu mereka mudah lupa pada hudud.Setelah kian tersepit dengan jerat sendiri maka barulah mereka ternampak batang hidung hudud.

Apa yang KD nak sentuh di sini ialah bagaimana hudud berjaya di laksanakan.Cakap lebih-lebih nanti ada pulak yang marah dan kata awak  ni cakap pakai akal aje,bukan hukumTerpenjara dan terbelenggu lagilah minda kita.

 KD tak pandai nak pusing-pusing.KD tak pandai nak auta-auta.KD cakap lurus ke depan tak ada simpang-siur nya lagi.Baca kisah benar di bawah:


Seorang lelaki tua telah menjual tanahnya kepada sahabatnya.Setelah lama memiliki tanah tersebut maka pada suatu hari dia mencangkul tanah untuk menanam pokok kurma.Cangkul punya cangkul tercangkul peti besi.Dibukanya peti tersebut.Alangkah terperanjatnya dia melihat begitu banyak emas permata didepan mata.
Peninglah kepala dia.
 
Dengan kepala yang penuh kemusykilan dia datang kerumah sahabat yang menjual tanah itu kepadanya.

    saudaraku,kau ambillah harta ini.

    tidak,tanah itu aku dah jual kepada engkau,jadi harta itu engkau yang punya.

    mana mungkin,aku hanya beli tanah ini,bukan harta ini,aku tidak mahu harta haram ini.

    Aku pun tak mahu harta haram ini,sebab ini harta enkau,aku dah jual tanah itu kepada engkau jadi harta  itu     engkaulah yang punya.

    Cis,jangan sesekali kau menghina aku dengan harta ini.Tanah itu aku punya ,harta ini kau punya.

     Harta itu kau yang punya sebab tanah itu sudah jadi milik kau.Jangan kerana harta ini,kau letakkan aku   pada tahap sehina ini.

      Kau punya!

      kau punya!

Pertengkaran itu berlarutan hampir mencetuskan pergaduhan.Kebetulan lalu seorang hakim di tempat itu.Maka kes itu dirujuk kepada hakim tersebut.Terjadi  sekali lagi pertengkaran tersebut.Berserabut kepala hakim mencari jalan penyelesaian.Akhirnya hakim itu jumpa ubat yang mujarab.

     Kamu ada anak lelaki.?

     Ada,jawab lelaki tua itu.

      
     Kamu ada anak perempuan?

     Ada,jawab sahabatnya pula.

      Eloklah kamu kahwinkan mereka berdua.Harta itu beri kepada mereka berdua.Selesai masalah.
   

Itulah secebis kisah masyarakat hudud.Sekiranya hudud ditegakkan dalam kalangan mereka nescaya tidak ada hukuman Hudud dijatuhkan sebab mereka tidak akan melakukan kesalahan besar.

Masyarakat sekarang masyarakat hodoh.penuh kecurangan.Bukti jelas depan mata masih tak mahu mengaku.
Malah semakin galak mempertahankan diri.Dalam masyarakat hodoh,insan kerdil akan terhukum.Insan besar akan terlepas kerana kuasa di tangan mereka.

Dalam masyarakat hodoh,Saksi-saksi sahih sukar dicari.Yang ramai ada saksi -saksi fasik yang tidak layak untuk diterima keterangannya.Video dan dna tidak boleh pakai sebab ianya saksi bisu.

Hapuskan masyarakat hodoh,tegakkan masyarakat hudud.Barulah Hudud Sempurna untuk dilaksanakan.

3 comments:

Anonymous said...

Hampir 50 tahun umur saya,tidak pernah saya saksikan betapa buruknya
politik Melayu Islam seperti dimasakini.Pemimpin masan kini terlalu dengkal fikirnnya dan meletakkan kuasa dan herta sebagi metalamat utama,sampai lupa kapada tujuan kita diturunkan kedunia.

Saya cuba berlaku adil dengan melihat mengunakan akalminda kapada
semua pemimpim tida kira apa parti
Melayu dan Islam,,,,,sunggoh sedeh dan memualkan,yang boleh dipercayai sangat sedikit.Mengapa
terjadi begitu,saya sunggoh kabor
dengan setiuasi sekarang,,,,,,,,

Setelah dinilai,saya berpendapt kerana
cerdik pandai dan ulamk tidak ikhlas
dalam mendidik anak bangsa dengan betul dan terlalu mementingkan keuntugan diri.Punca masaalah yang paling parah apabila ulama agama mabuk kuasa dan herta,mereka sanggup
buat,cakap apa saja walaupun boleh
gugur imam terutama kapada yang kurang pendidikan dan kurang mengerti
soal2 asas agama iaitu ilmu tauhid,,,,,,hati sayu melihat bangsa
kita Melayu yang telah hilang akalbudi
disebakan ulamak2 fasik dan dipuja sebagi dewa....barang dijauhkan Allah,
saya berdoa semoga ulama yang dikuasai iblis kebali kejalan yang lurus supaya kita semua selamat drp
bencana yang sangat bahaya kapada
Melayu dan Islam dinegara kita....

Kutukandewata said...

Salam anon 9.16,
maka menjadi tugas kita untuk menyedarkan mereka.walaupun mereka memandang lekeh teguran kita sekurang-kurangnya kita sudah tunaikan tanggungjawab kita.jangan jemu menegur melalui dunia cyber.

Anonymous said...

meraka takut terima hudud sebab mereka dah banyak melanggar hukum islam....