Wednesday, 30 November 2011

Shahrizat,Panglima Perang Tanpa Senjata!

Shahrizat mengamuk sakan dalam PAU 2011.Memang wajar pun beliau mengamuk.Tapi amukan itu tidak akan mengubah keadaan.Keadaan tetap serupa.Imej sudah tercalar.Bukan dek kerana realitinya tapi dek kerana persepsi.

Persepsi rakyat terhadap beliau adalah berdasarkan intergriti.Shahrizat tiada intergriti lagi.Shahrizat tak perlu bertanding lagi.Namun Shahrizat masih diperlukan oleh Umno untuk memimpin jentera sayap parti tertua Umno.

Banyak cara untuk berkhidmat kepada parti.Tak jadi YB pun boleh berbakti cemerlang membantu parti.Wira tak didendang ramai sekali dalam umno.Mereka berkhidmat demi kelangsungan kuasa melayu di bumi bertuah ini.

Memang Shahrizat tak bersalah langsung.Beliau mangsa keadaan.NFC berdaya maju.Tiada kerugian.Salah apanya Shahrizat ni?Memang tak bersalah.

Beliau tak terlibat langsung dalam penganugerahan projek kepada suaminya.Bermakna tiada penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh beliau.Dia memang bersih.Cuma tak nampak bersih.Itu aje!

Tapi dari sudut moralnya dia sudah tempang sedikit.Dari segi moralnya dia tidak mengambil rasa tanggung jawab terhadap rakyat.

Rakyat melihat dan menilai.Dalam penilaian mereka kalau Shahrizat bukan menteri apakah mungkin suaminya mendapat projek tersebut?Tentu tidak.Ini sudah jelas pada mata rakyat berlakunya kronisme.

Ini sudah tentu menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat.Itu duit rakyat.Wajarlah mereka bersuara.Salahkah mereka bersuara pada perkara yang melibatkan mereka.

200 juta tu banyak jumlahnya.Kalau diagih-agihkan pada penternak yang ramai ada di Malaysia ini sudah barang tentu ramai merasai nikmatnya.Penternak dapat,pekerja mereka pun dapat.Maka taburan begitu meluas.

Inilah rasionalnya luahan hati rakyat yang menjunjung kebenaran.Bukan isu politik di sini tapi lebih kepada moral dan intergriti.Beliau tu menteri,kalau orang lain tak heboh pulak.Berilah pada taukeh besar bumiputera atau join dengan syarikat bukan bumiputera,orang tak heboh pun.

Menteri pengangkutan India langsung tak bersalah apabila kereta api berlanggar.Tapi keperibadian tingginya membuatkan dirinya berasa bertanggungjawab lalu melatakkan jawatan.

Kesimpulannya adalah terbaik bagi dirinya dan partinya,beliau tidak perlu bertanding pada PRU 13.Ini adalah formula terbaik untuk memulihkan imej yang sudah tercalar.Berilah peluang kepada winnable candidate untuk berdepan dengan sijelita PKR tu.InsyaAllah boleh tawan kembali.

Shahrizat boleh terus berperanan sebagai panglima perang tentera amazon dalam berdepan dengan musuh.Segala pengorbanannya akan berbalas dan berbaloi kepada parti.Orang berbudi kita berbahasa.
Parti menang Sharizat pun tidak akan dilupakan.Harta rampasan tetap dia merasa!!!!

No comments: