Tuesday, 13 September 2011

PAS SIBUK-SIBUK SEJARAH ORANG,SEJARAH SENDIRI PUN LINTANG-PUKANG

Mat Sabu sibuk-sibuk buka sejarah yang mengundang marah dan kemarahan.Siapa yang tak marah?Kaum keluarga Mat Indera tentu marah,kaum keluarga bekas angkatan tentera yang terkorban marah,kaum keluarga mangsa serangan pengganas komunis baik melayu,cina,india dan lain-lain marah. Semua marah. Aku pun marah.

Ingatlah wahai Mat Sabu bahawasanya nabi melarang kita mengungkit-ungkit hal orang yang mati berkaitan keburukannya.Orang yang mati tidak berasa apa-apa,tetapi orang hidup,yakni keluarganya pasti terluka.Wahai Mat Sabu,betapa besarnya dosa kau?.Tapi kau ni bila masa pulak takut ke dosa?Banyak sangat merapu.Aku yang jahil ni tahu juga hukum-hakam.Tentulah kau pemimpin besar parti Islam(?)lebih tahu.

Mari kita tengok sejarah PAS.Lahirnya dia bukan kerana agama sebenarnya.Lahirnya dia kerana kecewa dan dendam.Untuk mencari sokongan dan pengaruh maka letak nama islam pada nama partinya.

Mengapa kecewa dan dendam?

Ini butirannya:

Pengerusi biro agama UMNO Pusat di pimpin oleh Uztaz Ahmad Fuad.Beliau telah cuba mengambil alih kepemimpinan UMNO dengan mencabar Tunku Abdulrahman dalam pemilihan Yang Di Pertua UMNO Pusat ketika itu.Beliau tewas.

Kekecewaan yang terhasil dari rentetan peristiwa itu telah menyebabkab beliau menyeret hampir keseluruhan ulama yang ada dalam UMNO ketika itu.Maka terhasil lah PAS selepas itu.Dasar perjuangan jelas kepentingan diri bukan Agama.Sebab itu mereka kurang berjaya.Rekod mereka pun tak secemerlang UMNO.Mungkin Allah tak merestuinya kerana menjual agama untuk kepentingan diri.

Kita pusing Matahari.Andai kata Ustaz Ahmad Fuad ditakdirkan mengalahkan Tunku Abdul Rahman dalam pemilihan tersebut sudah pasti beliau Perdana Menteri Malaysia Yang pertama.MAKA PAS PASTI TIDAK WUJUD PADA HARI INI.JELASLAH PADA KITA BAHAWA PAS LAHIR KERANA KEKECEWA DAN DENDAM SESEORANG BUKAN DARI HATI YANG IKHLAS MAHU MENEGAKKAN AGAMA.kALAU BENAR KERANA AGAMA KENAPA MEREKA TUNGGU BERLAKUNYA PERISTIWA PEREBUTAN JAWATAN ITU?KENAPA TIDAK TERUS TUBUHKAN PARTI ISLAM AWAL-AWAL LAGI.INI;AH YANG DINAMAKAN LINTANG-PUKANG,TUNGGANG-LANGGANG.

Apa yang kita hendak banggakan dengan Pas?Untuk kita catatkan sejarahnya dalam buku sejarah.Tak ada.tak ada peristiwa besar.Perjuangan AllahYarham Ustaz Ibrahim LIbya
menjadi sia-sia.Alahyarham benar-benar berjuang demi agama dan sanggup syahid.Malangnya setelah mengorban nyawa tiba-tiba Pemimpin besar Pas boleh kata bahawa negara islam bukan keutamaan,Negara kebajikan lebih penting sebab big brother dan beri panduan dan amaran.Itulah Nasib Pas yang sejarahnya lintang-pukang.Sudah tak ada susun atur dan tertibnya.

Pas Ciptalah sejarah yang boleh dibanggakan oleh umat Islam Malaysia.Contohi Umno tiada slogan islam tapi lakukan apa yang islam suruh.Walaupun ada yang tak betul sekurang-kurangnya banyak yang betul.

Assalamualaikum Abang Mat Sabu,Polemik yang abang timbulkan itu sekurang-kurang membuat rakyat Malaysia jadi begitu berminat mengkaji semula sejarah,bermula dengan para profesor turunlah sampai kepada kaki ekor dan lain-lain yang sama waktu dengannya.