Saturday, 10 September 2011

Ahli-ahli Pas Takut Ke Bini.

Alkisahnya ini adalah kisah benar.Berlaku di sebuah perkampungan di Jerantut.Kisahnya kisah pelik.Semua suami di kampung ini sangat takutkan bini.Kat belakang bini bukan main lagi beraninya.Apabila di depan bini bukan main lagi menikusnya.

Hendak dijadikan cerita,pada suatu hari berkumpullah mereka di sebuah warung.mereka berbincang bagaimana mahu mengatasi masalah yang sedang mereka alami sekarang ini.Begitu bersemangat mereka mengeluarkan pendapat dan buah fikiran.

Ada yang cadang guna bomoh.Ada yang cadang mandi bungalah,ada yang cadang jerkah aje bini tu,dan bermacam-macam lagilah cadangan yang di kemukakan.

Perbualan mereka didengari oleh seorang pendita yang kebetulansedang minum di warung tersebut.Pendita tersebut berjanji akan menyelesaikan masalah mereka nanti.Pendita tersebut meminta mereka berkumpul dibawah sepohon pokok yang rendang di tepi sungai di hujung kampung tersebut.

Maka bertanyalah mereka kepada pendita tersebut alasan apa yang patut diberikan kepada bini mereka nanti.Pendita tersebut suruh cakap mahu pergi memancing.Mereka semua bersetujulah dengan kata-kata pendita tersebut.Terbayanglah di kepala mereka bahawa masalah mereka akan selesai dengan bantuan pendita yang bijaksana lagi bestari.

Keesokan harinya setelah mendapat keizinan bini masing-masing maka berkumpullah mereka di bawah pokok.Pendita pun memulakan ceramah motivasinya dengan penuh bersemangat.Para peserta pun mendengar dengan penuh semangat dan memberikan respon yang sangat menggalakkan.mereka mula sedar dan yakin bila nanti pasti tidak takutkan bini lagi.

Melihat akan keyakinan yang tinggi yang diperlihatkan oleh para peserta yang menyertai kem motivasi tersebut terdetiklah di hati pendita bahawa mereka ini sudah tidak takutkan bini lagi.

Pada akhir program maka pendita tersebut pun bertanyalah,apakah tuan-tuan masih lagi takutkan bini?Tidak lagi.Kami tidak takutkan bini lagi sekarang ni.teriak mereka serentak.Gembira subgguhlan pendita tersebut kerana segala usahanya telah membuahkan hasil.

Maka pendita pun meminta sesiapa yang masih lagi takutkan bini bergerak ke sebelah
kanan.Secara tiba-tiba semua mereka bergerak ke sebelah kanan,kecuali seorang.terperanjatlah pendita tersebut.

Namun hatinya terubat apabila melihat masih ada seorang lagi yang sudah tidak takut lagi pada bininya.Syukurlah,sekurang-kurangnya aku berjaya mengubah walaupun seorang.Mudah-mudahan yang seorang ini dapat pula mengubah yang lain-lain tu secara beransur-ansur.

Pendita itu bertanyalah kepada yang seorang tadi,mengapa kamu tidak bergerak ke kanan seperti kawan-kawan kamu yang lain?Apakah kamu benar-benar sudah tidak lagi takutkan bini kamu?

Sebenarnya tuan pendita,sebelum datang ke mari bini saya dah pesan,jangan ikut apa yang orang lain buat.

Ya Allah!jerit pendita tersebut.Rupanya kamu paling takutkan bini berbanding yang lain.Kamulah penakut bini tegar.Pendita pun rebah lalu pengsan kerana terlalu terkejut ilmunya tak menjadi.

Senario ini lah yang terjadi kepada ahli-ahli Pas.Terlalu takut ke Nik Aziz.Hatta Presiden Pas sendiri.Jerkah sikit aje dan kecut telur.

Persoalannya sekarang apakah Kisah ini kisah benar?Ntah,aku pun kurang Pasti.

2 comments:

Anonymous said...

najib je yg berani, tak takut bini...kahkahkahkah

bRAVEhEART said...

Salam tuan blogger dan selamat berblog ~ bh