Tuesday 27 September 2011

YB Dun Tahan Tersingkir,Siapa Bakal Calon Pengganti?

Kerusi DUN Tahan adalah kerusi panas dan jadi idaman ahli politik jerantut.YB sekarang ialah Dato Wan Amizan B.Wan Razak.Dato Wan Amizan dicalarkan imejnya oleh kawan dan lawan bukan kerana kerusinya.

Imejnya dicalarkan adalah kerana perkhidmatannya cemerlang dan potensinya mencodat naik dalam arena politik baik peringkat parlimen Jerantut maupun peringkat nasional.Beliau adalah Ketua Pemuda,dan Timbalan Ketua  UMNO Bahagian Jerantut.Beliau juga adalah Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Pencapaian yang tinggi inilah yang dicemburui oleh ramai musuhnya.Pencapaian yang tak seimbang antara jawatan dan akademik.Beliau dipandang rendah oleh musuh-musuhnya.Oleh kerana potensi yang ada ini tidak dapat ditandingi oleh musuh maka keperibadiannya dicalar teruk.

Maka oleh kerana itu pelbagai fitnah pun timbul.Namun kekuatan mental yang ada padanya membuatkan beliau tidak melatah.Biarkan saja orang nak kata apa lantaklah.Yang penting kerja dan amanah yang  dipertanggungjawabkan kepada beliau dijalankan sebaik mungkin.

Beliau tidak mengharapkan keredhaan manusia.Yang penting keredhaan Allah.

Segala fitnah dan penghinaan yang diterima beliau tidak disertai bukti yang kukuh.Beliau difitnah bolot tanah di Jerantut tetapi mana buktinya.Sudahkah di siasat di pejabat tanah?Kalau ada penyelewengan mengapa tak repot SPRM.Repotlah,biar dia masuk penjara.Senanglah siapa yang berhajat nak jadi calon YB DUN Tahan boleh melobi menangis depan Dato Nan.Tak Gitu Uraaag Druluug.Calon pilihan kamu ada potensi.

Kenapa tak repot SPRM?Kan itu cara yang paling mudah untuk menjatuhkannya?Tak lah susah-susah menyalak ke hulu ke hilir sebar fitnah.Sekarang ni zaman cyber bukan zaman Kesultanan Melaka. Hang Tuah terfitnah.Ayuh lah wahai kaki fitnah sekaranglah masa yang sesuai untuk bertindak.Pilihanraya sudah dekat.

Pergilah cium buntut Dato Nan mana tau ada rezeki,kalau tidak kempunan nanti.Sama lah dengan pakatan pembangkang yang selalu fitnah pemimpin BN.Tapi tak repot pulak kat SPRM.Sedangkan itulah cara mudah nak jatuhkan kerajaan.Sebab ramai yang masuk penjara.Kan senang.Tak lah susah-susah buat road show menyalak-nyalak di jalanan.Sebab apa tak repot SPRM?Sebab tak ada buktilah tu.Sama aje perbandingannya.

Berdirilah semua iblis dan syaitan serta manusia menyokong kita,kalau bukan hak kita maka kita akan kecundang.Berdirilah semua iblis dan syaitan serta manusia menentang kita,kalau hak kita maka kita akan menang.Kesimpulannya  Allah akan menaikkan seseorang jika Dia mahu.Dan Allah akan menjatuhkan seseorang jika Dia murka.Tak payahlah sibuk-sibuk mencalar dan memburukkan peribadi orang.Buat letih aje.

Jadi kita buatlah andaian bahawa Allah menjatuhkan YB Wan Amizan.Jadi siapakan winnable Candidate kita?Senarai yang layak panjang,yang layaknya ramai,yang tak layak tapi rasa dirinya layak pun ada,contohnya Urraaag Druuluug.Saja je tonjolkan Wan Suri,sebenarnya dia yang nak sangat.

Kita pendekkan senarai.

Yang benar-benar winnable candidate ialah Penghulu Wan Shamsuri B.Wan Abdul Jalil dan calon Payung terjunnya yang paling berpotensi ialah Dato Ahmad B.Daud.DO Bera.Mengapa dan kenapa?Anda semua analisalah sendiri berdasarkan trek record mereka berdua.KD hanya cakap aje.Keputusan di tangan anda.

11 comments:

Anonymous said...

kesian wan keliru ne, dia yang kata jika rezeki kita tak akan kemana?, walau sebesar dan sehebat mana iblis yang menghalang pun memang menjadi hak kita,jangan lah risau jika ALLAH memang dah beri rezeki ke saudara awak tu menjadi pemimpin atau yb beberapa penggal lagi?, memang lah ianya akan terjadi, tapi jika tidak ?, jangan salah kan orang lain, memang itu dah di takdirkan, tak payah lah awak mengumunkan calun calun yang layak, orang atas pandai memilih sapa yang mereka hendak dengan izin ALLAH?, KITA KENA YAKIN DENGAN KADAQ DAN KADAQ, TENTANG LAPURAN KE SPRM?, INI SUSAH SIKIT JIKA DI MALAYSIA, KUASA DAN PENGARUH MENGATASI UNDANG UNDANG, JIKA DI IKUT KAN FAKTA RAMAI DAH HAK MASUK PENJARA, TETAPI TANGAN TANGAN GHAIB MEMBANTU, APA KITA BOLEH BUAT, BAGUS, CANTIK DAN MANIS PADA SELOGAN JER ORANG ORANG POLITIK NE, TAPI AKHIRNYA KEPENTINGAN PERIBADI MENJADI KEUTAMAAN ?, SAMA JER PEMERINTAH JUGA PEMBANGKANG, TUAN KD KUAT AMAT MENYOKONG YB DOMPOK TU TAK APA, MUNGKIN ADA KEPENTINGAN ?, JIKA TAK DAPAT PEMBALASAN DI DUNIA NE, PASTI AKHRIAT AKAN DAPAT JUA, JIKA TIADA BUKTI DI DUNIA INI, PASTI SEMUA ANGOTA AKAN BERKATA BENAR TENTANG APA YANG KITA LAKUKAN, SAMA ADA TULUS ATAU MUSLIHAT?

Kutukandewata said...

kesian wan keliru,tak pasal-pasal nama dia di sebut-sebut dalam blog ni.KD tulis dia dapat nama.nasib-nasib.meneka anon di atas dalam kesamaran.

kapak sumbing said...

anon di atas serupa pmbangkang juga.dah ramai pemimpin UMNO masuk ke dalam.tiada yang kebal lawan undang-undang.bukak sikit minda tu jangan asyik duduk bawah kangkang pakatan pembangkang.

Anonymous said...

jika telus, kenapa dolah kicap dan hj rusdi tak di dakwa sprm, bukan soal mcam pembangkang, berapa kerat sangat yang masuk penjara, sepatutnya ramai lagi, tapi jika kita ulas, kamu akan kata tak cukup bukti, bukti apa lagi nak, jika perbuatan dolah kicap dan rusdi itu dah cukup untuk mendakwa mereka, tapi kamu akan kata macam macam lagi, tapi ingat hukum tuhan tak ada siapa yang boleh lari, itu saja, gua bukan dari mana mana parti, gua hanya pemerhati kepada mereka mereka yang bersikap berpura dan berkepentingan melampau. wahai anon kampung sumbing

orang kuala said...

eloklah jika KD menulis mengenai skandal Dollah Kicap dan Hj Rosdi yg melakukan banyak kesalahan hingga jadi liabiliti kepada umno jerantut dan khususnya Ku Lan kerana inilah caranya utk membersihkan umno dan buatkan rakyat yakin bahawa umno masih bersih dn yg kotor itu hanyalah individu2 tertentu dn bkn umno secara amnya.

Dalam masa sama ini akan calarkan juga imej dr sukri yg jadi pencabar kepada dompok utk parlimen jerantut. wan keliru? wan heru? sapa tu?

yanti ipoh said...

anon 22.15,
apa yang kau tak puas hati ni,aku ni nak baca posting KD,bukan nak baca komen mengarut kau tu,kau tu baik sangat ke?

Anonymous said...

yanti ipoh, lu mau baca posting lu baca lah, kenapa pergi ke ruangan komen pulak, keliru juga dia ne, ipoh mali

benci orang mengada-ada said...

Hei anon diatas,belahlah kau.buat menyemak aje kau di sini.cari perhatian kat tempat lainlah.melayu cakap cina pulak.gila macam ni pun ada.

diana comel seremban said...

eeeehhh!datang lagi nangoi di atas ni...menyemak aje...boring aku.

Hamba Allah Prihatin said...

tutup ajalah blog ni tak de lansung hujah cerdik.yanti ipohlah,cuka getahlah,kelatanlah entah apa-apa karutlah.

Anonymous said...

yang di atas,
ini lah kebebasan bersuara.tak suka duduk dalam hutanlah.