Monday, 19 September 2011

Najib Selamatkan Hishamuddin.

Alahai,macam-macam cara manusia menyembunyikan niat sebenar mereka.Kucing sembunyikan kuku.Burung Emu sembunyikan kepala dalam tanah.Dia tak sedar yang punggungnya tertonggeng senang diterajang orang bila-bila masa.

Aku tak kisah itu semua.Ikut kau oranglah.Namun aku kesian kat dia orang di atas ni.Tak reti-reti apa yang rakyat reti.Yang pasti pemimpin kerajaan memandang sebelah mata terhadap pandangan dan idea yang diberikan oleh blogger-blogger pro kerajaan.

Kalau pandangan itu datang daripada aku yang orang tak kenal ni tak apa juga.Tapi pandangan blogger terkenal seperti papagomo,parpukari,GAPKR,GWM,GR,badut rakyat,dan yang sama waktu dengan nya tetap dipandang sepi.Pemimpin atasan berasa selesa dengan keadaan yang ada sekarang.

Perangai yang sama juga diwarisi oleh pemimpin kerajaan peringkat bahagian parlimen yang boleh di katakan semuanya buta IT. IT yang berkaitan dengan teknologi terkini dia orang memang buta.Tapi IT  yang lain-lain dia orang cerah biji mata.

Anggapan dia orang ialah tak ramai yang baca blog.Memang minawe dia orang ni.tak ikut perkembangan dunia langsung.Lihatlah Timur tengah,Jatuhnya kerajaan Tunisia,Mesir adalah akibat pengaruh media sosial.Jangan terkejut nanti jatuhnya Najib and Company juga dari punca yang sama.

Berbalik ke topik asal.

Pemansuhan ISA oleh PM adalah kerana mahu menyambung nyawa Hishamuddin.Hishamuddin adalah Menteri Dalam Negeri yang paling tidak berwibawa yang pernah terhasil di negara ini.Dia tidak mencapai tahap kecemerlangan KING GHAZ (Orang Pahang),Dr Mahathir Muhamad,hatta Syed Hamid Albar sekali pun.

Pelbagai kejadian yang mengancam keharmonian negara langsung tiada tindakan daripada H.ishamuddin.Beliau hanya mampu memberi amaran.Amaran demi amaran akhirnya beliau menjadi Menteri Amaran.

Kredibiliti Hishamuddin merudum ketahap piang.Maruah nya tercemar,wibawanya tersirna,Dari hari ke hari rakyat waras hilang hormat padanya.Penampilannya di kaca tv dijebek orang."Piiiirraaahh la lu menteri penakut" jerit rakyat yang sedang mengeteh di warung kopi.

Menyedari hakikat inilah maka Najib terpaksa menyelam sambil minum air.Kena guna gergaji dua mata.Guna satu peluru pukul dua burung.Jangan guna boomerang sudah takut nati terpukul kepala sendiri.

Najib terpaksa memansuh ISA demi memuaskan hati puak pembangkang sambil mengharapkan undi cina dan india  kembali kepada BN dan mengharapkan kemarahan rakyat kepada sepupunya jadi reda.

BAGUS JUGA MANSUH ISA.ADA ISA KALAU TAK BERANI GUNA BUAT APA.MACAM SIMPAN MANGKUK MAHAL DALAM ALMARI,SAMPAI MENINGGAL PUN TAK PERNAH GUNA BUAT APA?

SELAMATKAH HISHAMUDDIN?

No comments: