Parti PAS ditubuhkan demi menegakkan syiar Islam.Dasar perjuangannya diakui begitu murni.Pengasas parti dulu-dulu begitu teguh menegakkan dasar parti.
Namun kini segalanya berubah.Lihatlah dan diketahui umum bahawa segala tindak-tanduknya sudah jauh menyimpang dari matlamat asal.Dulu-dulu dia orang begitu sensitif dalam bab yang melibatkan kepentingan Islam.Sekarang mereka terlalu longgar memegang amanah yang di tinggalkan oleh pengasas mereka demi mendapatkan undi bukan melayu.
Mengapa jadi sedemikian?
JAWABANNYA IALAH:
Ahli-ahli Pas berjiwa hamba.Orang yang berjiwa hamba tidak mapu berfikir dan mengurus dirinya dengan sempurna.
DI MANA LETAKNYA OTAK ORANG YANG BERJIWA HAMBA?
Otak orang yang berjiwa hamba terletak pada lidah tuannya.Apa yang yang keluar dari lidah tuannya itulah yang mereka lakukan.Suruh makan dia makan,suruh kerja dia kerja.Semua mesti di tentukan tuannya.
Lihat ahli Pas.Apa saja yang dilakukan oleh pemimpinnya betul belaka.Langsung tidak ada yang salah walaupun apa yang pemimpin mereka buat itu jelas salah.Mereka telah di tarbiyah agar taat dan patuh membuta tuli.Mereka tidak pernah mempersoalkan kesalahan pemimpin mereka.
Mereka telah diajar agar tidak menentang ulamak mereka kerana ulamak bagi mereka adalah pewaris nabi,walaupun baru pandai menghafal sebaris dua hadis.Mereka telah diasuh menjadi pak turut tegar.Sebab itu bila Nik Aziz merapu yang bukan-bukan mereka tidak berani bersuara.Sedangkan masyarakat Malaysia yang berpendidikan tinggi dalam bidang agama tidak bersetuju dengan sesetengah pendapat Nik Aziz itu.
Hal yang sedemikian menjadikan pemimpin Pas beruntung punya ahli yang berjiwa hamba.
Situasi yang berbeza berlaku di dalam UMNO.Ahlinya tidak terbelenggu.Mereka bebas mengkritik pemimpin mereka.Sebab itu kadang kadang kita dapat lihat pemimpin mereka tumbang dikerjakan oleh ahli mereka apabila pemimpin tersebut melakukan sesuatu yang tidak wajar.
UMNO tidak jadi jumud seperti PAS.
Ahli-ahli PAS beranggapan bahawa pemimpin-pemimpin mereka adalah ulamak sebenar,walaupun kadang-kala tingkah laku dan tutur bicara mereka agak meragukan.
ULAMA YANG YANG SEBENAR-BENARNYA ULAMA IALAH APABILA BERKATA-KATA SENTIASA BERSANDARKAN HUKUM.BUKAN BERSANDARKAN KEPENTINGAN DIRI DAN KELOMPOK.BILA BERBICARA HALUS DAN SOPAN TUTUR KATANYA.SENTIASA MERENDAHKAN SUARA MENGHORMATI ORANG YANG DI LAWAN BICARA.
MEREKA DIAM JIKA PERKARA TERSEBUT TIADA KEPENTINGAN KEPADA AGAMA.KERANA DIAM LEBIH BAIK DARI BERKATA-KATA HAL YANG SIA-SIA.KEBENARAN MELEBIHI KEPENTINGAN PERIBADI DAN KELOMPOK MEREKA.
Adakah pemimpin Pas di Malaysia ini mempunyai ciri-ciri yang di perkatakan di atas?Anda lihat dan fikirkanlah sendiri.
1 comment:
Meh singgah blog saya - http://wwwberita-semasa.blogspot.my/
Post a Comment